Posted on

Laporan Bulanan Ogos 2019

Masa saya setup company bersama partner dulu di Sungai Petani, hari yang paling seronok ialah ketika awal bulan yakni 1 hari bulan sebab hari tersebut saya banyak laporan bulanan.

Berapa total sales.

Berapa kos iklan.

Berapa Return on Ads Spend (ROAS).

Itu untuk , belum lagi kira bahagian setiap seorang staff sales.

Kalau ada 10 orang staff sales maka kena buat 10 report. Itu baru 10 orang. Saya pernah consult company yang handle lebih 50 orang team sales. Maksudnya seorang admin kena buat report untuk 50 orang staff.

Dan kena siapkan dalam masa sehari. Saya tak tahu macam mana admin tersebut boleh buat tetapi saya kagum sebab saya sendiri paling banyak pernah buat pun dalam 20 orang.

Saya suka buat laporan bulanan sebab banyak yang saya belajar daripada laporan tersebut.

Kalau sales naik mesti ada sebab, kalau drop juga mesti ada sebab.

Melihat punca, kenal-pasti apa masalahnya dan berikan beberapa solusi kepada masalah tersebut.

Kebanyakkan masa masalah utama dalam team sales ialah leads.

Sudah cukup sudah, sekarang kembali kepada asal.

Jadi habit saya masa setup company dahulu saya bawa ke DanialAbdulRahim.com.

Dan pesan Jay Abraham dalam buku How To Think Like A Marketing Genius:

“What get measured, get improved.”

Memang tak dinafikan, banyak perubahan saya nampak.

Laporan Bulanan Ogos 2019

Dalam membuat laporan bulanan saya selalunya pecahkan dalam 3 bahagian:

  1. Baseline
  2. Target
  3. Achieve?

Baseline: Di Mana Sekarang

Sebelum kita nak pergi ke sesuatu destinasi, kita kena tahu dahulu di mana kita sekarang supaya kita nampak dengan jelas berapa banyak lagi langkah perlu diambil untuk capai ke destinasi yang ditentukan.

Baseline yang saya selalu ambil ialah bulan lepas vs bulan sekarang.

Dan data yang mahu diukur berbeza mengikut jenis bisnes.

Untuk blog DanialAbdulRahim.com ini data yang saya pilih untuk ukur:

  • Jumlah Jualan
  • Jumlah Klien/Pelanggan
  • Jumlah Prospek (Subscriber)
  • Jumlah Pelawat Unik
  • Jumlah Artikel

Laporan Julai 2019

  • Jumlah Jualan: 0
  • Jumlah Klien/Pelanggan: 0
  • Jumlah Prospek (Subscriber): 225
  • Jumlah Pelawat Unik: 27
  • Jumlah Artikel: 8

Saya beli domain DanialAbdulRahim.com pada 9 Januari 2019. Mula aktif sepenuhnya pada pertengahan Julai 2019.

Malangnya, saya dah install Google Analytics di Google Tag Manager tetapi terlupa install code GTM ke website. Sebab itu pelawat unik hanya 27 orang. Ikutkan mungkin lebih banyak daripada itu.

Untuk subsriber saya import daripada blog lama sebelum ini iaitu SeniBinaBlog.com.

Saya ada blog satu lagi, juga akan import database subsriber daripada blog tersebut.

Target: Ke Mana Mahu Pergi

Pada bulan Ogos 2019, baru saya betul-betul fokus untuk grow-kan blog DanialAbdulRahim.com.

Bulan pertama ini saya target tak banyak, sekadar ada penambahbaikan sedikit berbanding bulan sebelumnnya.

Blog baru (bulan pertama) sangat jarang untuk tiba-tiba dapat pelawat yang banyak melainkan dah ada artikel yang banyak dan banyak spend ke paid ads.

Jadi ini projection yang saya target untuk bulan Ogos 2019:

  • Jumlah Jualan: +RM xxx
  • Jumlah Klien/Pelanggan: +1
  • Jumlah Prospek (Subscriber): +30
  • Jumlah Pelawat Unik: +1,000
  • Jumlah Artikel: +4

Capai Target?

Ini apa yang berlaku pada bulan Ogos 2019:

  • Jumlah Jualan: +RM xxx
  • Jumlah Klien/Pelanggan: +2
  • Jumlah Prospek (Subscriber): +7
  • Jumlah Pelawat Unik: +451
  • Jumlah Artikel: +4

Saya berjaya capai target jualan dan klien. Malah lebih 2x daripada projection yang ditetapkan. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua klien yang sudi dapatkan Servis Bina Website yang Convert.

Untuk jumlah subsriber, saya berjaya peroleh 7 subsriber baru. Mungkin sebab tak banyak pelawat masuk ke lead magnet yang saya buat.

Unique visitor dapat 451 pelawat baru. Saya tak banyak promote ke Facebook, hanya sekadar fokus kepada SEO dan database sedia ada sahaja.

Dan saya berjaya publish 4 artikel sebulan.

Apa yang Berlaku Sepanjang Ogos 2019?

Pertama-tama, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Suffian Salahuddin yang sudi mention saya di FB beliau.

Daripada situ banyak pelawat dan leads yang saya terima.

Tak dilupakan juga kepada 2 klien yang sudi dapatkan Servis Website yang Convert.

Banyak saya belajar tentang bisnes aksesori kereta dan team building camp.

Berjaya tulis 4 artikel baru:

Launch lead magnet baru iaitu Panduan Membina Tawaran Meleleh, bagaimana untuk buatkan prospek tak sabar membeli.

Tukar theme baru. Saya dapat tahu theme ini daripada blog Perry Belcher, co-founder Digital Markter.

Dan update homepage ke design yang baru.

Target Bulan September 2019

Ini target saya untuk bulan september 2019

  • Artikel: Saya masih lagi nak maintain publish 4 artikel sebulan.
  • Pelawat Unik: Tetap nak target 1,000 pelawat sebulan. Sebenarnya memang sangat mudah nak capai pelawat sebanyak tu, dalam sehari pun boleh. Bila kita banyak share ke group-group FB dan profile FB sendiri (lagi-lagi FB yang ramai follower aktif, lagi mudah nak dapat pelawat yang banyak).
  • Subscriber: Target sehari 1 subscriber bersamaan 30 subscriber sebulan
  • Klien: Bulan september saya target 3 klien.

Apa Seterusnya?

Saya teringat sub-tajuk buku The Laws of Lifetime Growth oleh Dan Sullivan:

Always make your future bigger than your past.

Sudah tentu saya mahu kembangkan lagi aset sedia ada. Kembangkan lagi artikel yang ada.

Pesan Tuan Guru Inche Hujan. Beliau kata, fokus kembangkan 7 aset ini:

  1. Blog
    • Untuk kembangkan blog ialah sentiasa tambah artikel atau konten baru.
    • Target 300, 500, 700 artikel. Lagi banyak artikel maka lagi banyak pintu masuk seterusnya lagi banyak trafik yang dijana.
  2. Database
    • Fokus kembangkan database prospek, pembeli dan agen. 3000, 5000, 7000 dan 15000 database.
  3. Knowledge
    • 3, 5, 7 buku sebulan.
  4. Meditasi
  5. Gold
  6. Outsource
  7. Network

Bila saya fokus pada 7 aset ini baru saya faham setiap satu aset berkait antara satu sama lain. Kita tak akan boleh tulis artikel yang banyak melainkan kita tak ada knowledge baru. Sebab itu disarankan untuk baca buku. Dan tanpa artikel yang baru, maka tiada trafik yang masuk. Lantas memberi kesan kepada tiada database baru masuk.

Itu baru 3 aset utama, belum lagi masuk bahagian yang selebihnya. Bila kita dah ada kapasiti dan terus kembangkan aset sedia ada maka banyak miracle berlaku dalam kehidupan kita.

Jadi sekarang saya nak kekalkan bina habit tulis 4 artikel sebulan dan sekurang-kurangnya 3 emel seminggu.

Saya masih lagi sangkut untuk kekalkan menulis 300-500 patah perkataan sehari.

Mungkin tak tahu nak tulis apa? (Kena banyak baca buku dan kena buat market research)

Atau masih lagi tak jelas apakah topik atau niche yang patut saya fokus?

Apapun, tujuan utama saya ialah untuk kembangkan aset sedia ada. Mulakan sekarang. Walaupun lambat, bila aset dah matang ia memberikan hasil yang banyak tanpa henti.

Dalam bahasa lain bina paip wang yang terus-menerus membawa masuk duit.

Dan tujuan saya grow blog DanialAbdulRahim.com adalah untuk melihat berapa lama masa yang diambil dan apa yang perlu dibuat untuk bina blog yang jana RM 6 angka setahun secara konsisten yang sumber utama pendapatannya daripada affiliate atau menjual produk digital.

Saya tahu ramai blogger underground yang dah berjaya capai level ini terutama dalam niche kerjaya. Tetapi bagaimana pula untuk niche yang lain? Mungkin ada cuma saya masih tak tahu lagi.

Doakan saya berjaya.

Terima kasih bebanyak kepada semua keluarga, mentor, rakan dan klien yang support saya sehingga kini.

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Jumpa lagi.

~ Danial Abdul Rahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *