Laporan Bulanan Oktober 2019
Bulan Oktober sudah tiba, tinggal beberapa bulan sahaja untuk masuk tahun 2020.
Sekejap sahaja masa berlalu. Untuk 3 bulan terakhir ni banyak perubahan yang akan berlaku.
Kebiasannya setiap tahun memang begitu. Oleh kerana, 3 bulan terakhir ramai yang akan buat persediaan untuk tahun seterusnya.
Dan dalam dunia online jika kita buat team sales kebiasannya akan ada sedikit penurusan sales sebab majoriti akan banyak spend untuk bercuti dan persediaan tahun hadapan.
Tetapi tak semua yang drop, ada sesetengah jatuh dan ada sesetengah naik. Bergantung pada niche bisnes kita.
Sudah cukup sudah, mari kita lihat apa yang berlaku sepanjang Oktober pada blog DanialAbdulRahim.com
Sebelum: Laporan Bulan September 2019
Sebelum kita nak lihat apa yang berlaku sepanjang Oktober 2019, lihat dahulu secara ringkas apa yang berlaku pada bulan sebelumnya.
Laporan | September 2019 |
Jualan | RM X,XXX |
Klien | 2 |
Prospek (Subscriber) | +5 |
Pelawat Unik (UV) | +238 |
Artikel | +3 |
Bulan September adalah bulan paling best, sebab saya berjaya capai target sales 3x daripada apa yang saya targetkan. Ini adalah outlier, jarang-jarang berlaku. Dan sebagaimana saya jangkakan, jika ada naik maka ada turun.
Semasa: Apa yang Berlaku Sepanjang Oktober 2019
Sekarang masuk bulan Oktober. Tak banyak yang berlaku pada blog ini. Tiada klien baru saya dapat.
Ia tidak mengapa sebab saya banyak fokus pada kerja klien sedia ada dan kerja partner saya.
Laporan | September 2019 | Oktober 2019 (Target) | Oktober 2019 (Actual) |
Jualan | RM X,XXX | RM X,XXX | RM XXX |
Klien | 2 | +3 | +0 |
Prospek (Subscriber) | +5 | +10 | +34 |
Pelawat Unik (UV) | +238 | +500 | +245 |
Artikel | +3 | +4 | +3 |
Walaupun begitu, bulan Oktober secara tiba-tiba saya dapat banyak leads baru. Tak pasti datang dari mana. Kebanyakkannya yang subscribe emel pelik-pelik. Tidak pasti sama ada spam atau tidak. Buat masa sekarang saya biarkan dahulu.
Dalam bulan Oktober ni, saya langsung tak hantar emel sebab nak lihat berapakah pelawat yang saya boleh dapat secara organik.
Bila dilihat dengan data yang ada, apa yang pasti saya boleh dapat sekurang-kurangnya 200 pelawat unik setiap bulan. Walaupun sikit saya dah tahu bulan seterusnya juga akan dapat pelawat yang lebih kurang sama.
Oleh sebab itu pentingnya kita rekod data, kita boleh jangkakan apa yang berlaku pada bulan seterusnya. Jangkaan bukan kepastian ya. Dalam dunia ini tiada apa yang pasti.
Selepas: Target November 2019
Apa seterusnya? Apa target untuk bulan November?
Bulan ini dan seterusnya saya akan kurang fokus pada blog DanialAbdulRahim.com tetapi banyak fokus kepada bisnes partner saya.
Bukan bermaksud saya langsung tak update apa-apa dalam blog ini. Cuma banyak beri perhatian kepada startup yang saya tengah buat bersama partner.
InsyaAllah kali ini startup yang kedua, juga boleh pergi jauh.
Dan target November 2019 untuk blog DanialAbdulRahim.com ialah:
- Jumlah Jualan: RM XXX
- Jumlah Klien/Pelanggan: +1
- Jumlah Prospek (Subscriber): +30
- Jumlah Pelawat Unik: +300 Pelawat
- Jumlah Artikel: +2
Jumpa lagi.
Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.
~ Danial.
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka anda boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je