Tentang
Assalamualaikum dan hai. Terima kasih sudi lawat blog saya.
Saya Danial Abdul Rahim, merupakan seorang Fractional Chief Marketing Officer (CMO) yang menguruskan bajet iklan RM5-6 angka sebulan di salah sebuah company online yang berada di Sungai Petani, Kedah.
Dan juga merupakan pengasas Synergy Marketing System atau nama lain IBM Method.
Saya bermula dan belajar bisnes online sejak di bangku sekolah menengah lagi pada tahun 2013 sehingga kini.
Siapa saya tak penting sangat, tapi apa yang saya nak share lagi penting.
Sepanjang saya hidup, ada satu persoalan yang selalu bermain difikiran saya.
Semakin saya membesar, semakin banyak pengalaman, semakin kuat nak tahu jawapan kepada satu soalan ni.
Soalannya…
“Kenapa orang kaya semakin kaya?”
Selepas baca beratus buku, buat kajian mendalam, belajar dan belajar lagi maka saya dah dapat jawapannya.
Saya dapatkan simpulkan jawapan tu dalam segi tiga kekayaan.
Kalau salah satu tiang ni tak ada, memang susah seseorang itu nak jadi kaya dan bertambah kaya.
Tiang nya adalah:
- Value
- Leverage
- System (Automation)
Value X Leverage X System
Value
Seseorang itu boleh jadi kaya bila ada value pada dirinya.
Lagi tinggi value seseorang itu, maka lagi banyak kekayaan yang boleh diperolehi.
Jadi seseorang yang bernilai tinggi bermaksud kita boleh selesaikan masalah yang besar atau penuhi permintaan yang susah.
Contohnya, kurangkan hutang negara. Besar tak masalah tu?
Atau 10x profit bisnes kecil, dari cash reserve RM6 angka jadi RM7 angka. Susah tak nak buat? Mestilah tapi tak mustahil kan.
Jadi orang yang bernilai ni bagus cuma kita akan terlekat dengan masa.
Tak buat kerja, tak dapat hasil.
Sebab itu kita perlukan…
Leverage
Macam mana nak duplicate result tanpa kita kehadiran atau kewujudan kita?
Sebab itu kita kena ada “produk.”
Jangan bagi value tu melekat kat diri kita sahaja.
Kena ‘bukukan” dan sebarkan value tersebut kepada seramai mungkin.
Lagi ramai dan besar orang dapat manfaat, maka lagi tinggi value (kekayaan) yang kita ada.
Leverage ni nak mudah faham adalah peganda (multiplier).
Ia mengandakan apa sahaja nilai yang kita ada.
Ibarat kita dah ada bisnes yang berjaya, lepas tu ajar orang lain buat bisnes yang berjaya dan ambil sedikit royalti ada komisen.
Tapi tak cukup, untuk capai kebebasan yang sebenar kena ada…
System
Langkah terakhir wajib ada sistem.
Kita tak perlu ajar orang lain buat bisnes dan ambil royalti sedikit.
Tapi ‘sistem’ yang tolong ajar orang lain buat bisnes tanpa kewujudan kita pun.
Sistem ni ia mengautomasi benda yang sama supaya memudahkan kerja yang berulang.
Bila dah ada value X leverage X system.
Untuk jadi kaya menjadi bertambah kaya itu adalah sangat mudah.
Cara Paling Cepat dan Mudah untuk Berada Dalam “Segi Tiga Kekayaan”
Masa mula-mula, saya masih tak faham lagi tentang konsep segi tiga kekayaan ni.
Sebab masih tak nampak macam mana nak mula.
Apa nak kena buat?
Nampak macam terlalu general kan?
Dipendekkan cerita saya ada terbaca satu kata-kata mutiara dalam website FrankKern.com yang versi lama.
Beliau kata, cara yang paling gerenti nak jadi kaya adalah dengan…
“Buatkan iklan yang menguntungkan.”
Saya masih tak faham, macam mana tu?
Bila study dan study lagi rupa-rupanya konsep sangat mudah.
Setiap ringgit yang kita laburkan pada iklan pastikan dapat pulangan RM2. Paling kurang pun untung 1 sen pun tak apa.
Yang penting tak rugi.
Sebabnya, kalau kita keluarkan RM1 dapat RM2, sudah tentu kita nak laburkan sebanyak mungkin duit yang ada kan?
Sebab kita tahu akan dapat lagi banyak return dari setiap ringgit yang dikeluarkan.
Alhamdulillah, bila saya dah faham dan mula kuasai sedikit demi sedikit buat iklan yang mengutungkan ni.
Kehidupan saya mula berubah dan dapat banyak tolong family (semuanya dengan izin Allah).
Sehingga kini, saya masih lagi buat dan spend duit pada iklan.
Saya bersyukur sangat-sangat dan berterima-kasih segalanya pada Allah S.W.T sebab bukakan ruang dan pintu untuk saya berada di jalan ni.
Alhamdulillah.
Kenapa iklan yang mentungkan ni berada dalam segi tiga kekayaan?
Sebabnya mudah.
Iklan tu sendiri adalah value.
Duit yang kita laburkan tu leverage.
Kalau kita sampaikan iklan tu pada 10 orang dan 1 orang membeli maka kita nak sampaikan pada 100 orang > 1k orang > 10k orang > dan seterusnya.
Sebab kita tahu 10% orang akan beli.
Nak sampaikan lagi ramai orang, kena laburkan lagi banyak duit.
Tapi kita tak nak lah sebar iklan secara manual (bagi flyers contohnya) kepada setiap seorang kan?
Sebab itu kita perlukan sistem yang mengautomasikan semuanya.
Contohnya Google Ads, YouTube Ads, FB Ads, Tiktok dan seumpamanya.
Setiap satu channel atau platform tu adalah sistem automasi.
Jadi bila buat iklan ia lengkap pada ketiga-tiga syarat tadi tu iaitu
- Value (Creative & Copy)
- Leverage (Audiences & Money)
- System (Platform/Medium)
Ingat, tak semestinya kena buat iklan melepasi ketiga-tiga syarat tu.
Ada banyak lagi. Lama-kelamaan bila dah betul-betul faham segi tiga kekayaan ni, barulah tersedar dan nampak “Oh… macam ni rupanya value dia, leverage dia dan system dia.”
Itu sahaja. Terpanjang pula.
Semoga anda yang baca sampai disini dikurniakan rahmat Allah seluas-luasnya dan dipermudahkan segala yang sulit.
Jumpa lagi.
~ Danial “Segi tiga kekayaan”
Nota: Kalau anda nak menghubungi saya boleh contact di sini ya: