Case Study: Bagaimana Saya Bantu Owner Bisnes Spend Ads dari RM0 Sehingga Hampir RM1 Juta Secara Menguntungkan Menggunakan “IBM Method”
Khas untuk owner bisnes yang ada produk atau servis yang bagus tapi bila buat marketing atau ads selalu tak menjadi.
Dalam artikel ni saya akan kongsikan Case Study macam mana saya spend dari RM0 sehingga hampir RM1 juta secara menguntungkan dalam FB Ads.
Kalau Tuan/Puan dah banyak buat marketing tapi result selalu ke laut.
Hari-hari dah buat iklan baru.
Beria buat poster dan video iklan cantik-cantik.
Tapi bila run 2-3 hari memang result ok lepas tu terus jahanam.
Makin lama makin mahal.
Penat dah asyik bakar duit dan buang masa buat iklan.
Kalau Tuan/Puan berada dalam situasi macam tu, baca artikel ni sampai habis.
Assalamualaikum dan hai.
Saya Danial Abdul Rahim.
Beberapa tahun lepas saya juga pernah berada dalam situasi tersebut.
Masa saya setup company baru untuk client, bulan pertama tu memang terasa perit seksa ya amat.
Hari-hari dah run ads, buat iklan baru.
Buat macam-macam poster dan video.
Spend ads dekat FB nak dekat RM200-300 tapi dapat 2-3 order je.
Nak dekat sebulan juga hadapi situasi macam ni.
Total bulan tu dah spend dekat RM7k tapi sales baru RM10k.
Bulan tu hanya lepas cover kos ads je.
Tapi lain-lain kos tak boleh nak cover langsung
Gaji staff, overhead semua memang tak lepas nak bayar.
Tak kan bulan ke-2 nak tanggung rugi lagi?
Kali ni saya dan team cari jalan.
Sampailah kami terjumpa 1 breakthrough ni.
Rupanya, selama ni kami buat marketing dan ads cara yang salah.
Kebiasaannya, bila kita buat ads selalunya fokus apa?
Mestilah buat marketing fokus jual produk atau servis kan?
Memang betul.
Tapi itulah masalahnya.
Sebabnya tak ada orang pun pedulikan tentang produk atau servis kita.
Kita je yang syok sendiri dengan produk kita tu.
Walaupun kita tahu produk kita memang terbukti sangat bagus.
Walaupun ada kajian bertahun-tahun dah invest beratus ribu.
Tapi orang tak kisah pun benda tu.
Kalau setiap hari buat marketing hanya fokus:
“Belilah produk aku sebab produk aku bagus.”
“Produk kami no. 1.”
“Produk kami lagi berkesan.”
Prospek dan customer tak kisah pun.
So, apa yang customer kisah?
Mereka kisah tentang diri mereka sendiri je.
Inilah kunci no. 1:
Manusia Hanya Peduli & Kisah Tentang Diri Sendiri
Jadi, apa yang orang peduli dah kisah?
Apa hari-hari yang orang fikir?
Atau lebih tepat lagi, apa yang hari-hari kita sebagai manusia biasa fikir sebenarnya?
Dah tentu: MASALAH
Saya bagi contoh niche kurus.
Apa orang yang nak kurus ni fikir hari-hari?
Mestilah fikir masalah:
- Kenapa aku dah diet tapi masih tak kurus?
- Kenapa dah banyak bersenam tapi berat susat nak turun?
- Stress tengok makin lama makin ketat baju, macam nak hilangkan lemak gelebey kat perut & pinggul ni?
Dan banyak lagi masalah orang nak kurus ni fikir kan?
Bila dah faham benda ni, orang hanya fikir tentang dirinya sendiri terutama masalah.
Just switch je.
Fokus jual produk > Fokus jual masalah.
Alhamdulillah memang sales naik.
Tapi still tak cukup.
Sebabnya sekarang bukan macam dulu.
Walaupun kita dah fokus marketing dan ads fokus jual masalah.
Customer susah nak percaya, skeptikal.
Sebabnya bukan kita seorang je yang boleh fokus jual masalah.
Pesaing-pesaing juga buat benda yang sama.
Malah lebih advanced.
Pesaing ada budget besar.
Mereka boleh upah artis, influencer, ustaz malah ambil duta.
Kita ni budget ciput je.
Macam mana nak lawan?
Macam mana nak buat?
Selepas dah buat banyak split-test iklan.
Buat macam-macam jenis teknik marketing.
Akhirnya kami jumpa another breakthrough lagi.
Apa yang kami jumpa untuk dapatkan return yang besar dalam marketing.
Kita tak perlu pun ads yang banyak.
Ads yang cantik, ads yang gempak.
Ambil duta, artis, influencer bagai.
Memang semua tu membantu.
Untuk buatkan ads dan marketing bertahan lama, kita perlukan…
“One Good Ads”
Dengan ada “One Good Ads” ni.
Kita boleh dapat sales yang maksima dengan ads yang minima.
Jadi “One Good Ads” ni apa?
One Good Ads > Ads yang buatkan prospek ready membeli atau nama lain ads yang membentuk Ideal Buying Mindset.
Atau nama singkatannya IBM Method.
IBM Method = Ads & Marketing yang buatkan orang membeli sebelum membeli.
Alhamdulillah bila kami dah jumpa IBM Method ni, Allah bukakan pintu untuk kami grow.
Dengan ads spend hampir RM15k, sales kami cecah RM64k. Alhamdulillah kami dapat GP RM30k.
Bila dah dapat result yang macam tu, kami tak tunggu lama. Terus kami tekan besar.
Kami fikir, kenapa perlu limit “One Good Ads”?
Whaf if ada banyak “One Good Ads?”
Bila mind shift begitu terus buat banyak Good Ads yang betul-betul perform.
And the rest is history.
So total nak dekat RM1 juta saya spend pada FB Ads guna duit orang lain.
Apa yang saya jumpa bila dah spend sebanyak tu.
Bila ads dan marketing kita guna IBM Method ni.
Kita tak perlu asyik nak buat iklan baru je.
Tak perlu pun split-test iklan terlalu banyak.
Tak perlu ads yang cantik dan gempak.
Asalkan message utama kita sampai kepada orang yang betul, mengikut turutan yang betul.
Dah cukup dah.
Bukan setakat tu je.
Bila buat IBM Method ni ads kita lebih stabil.
Iklan kita bertahan lebih lama.
Prospek dan customer yang masuk pun lebih berkualiti.
Closing rate lebih tinggi. Banyak beli pakej besar.
Dan customer lebih setia bersama bisnes kita.
Bayangkan berapa banyak time freedom kita boleh miliki.
Once dah mula guna IBM Method ni dalam ads dan marketing kita.
Kita dah tak stress dah asyik fikir nak buat iklan, iklan dan iklan.
Kita dah boleh fokus buat kerja yang kita minat dan pakar.
Saya tahu ramai owner bisnes ada produk atau servis yang bagus.
Dah banyak invest duit, masa dan tenaga untuk develop produk/servis yang bagus.
Dah banyak berkorban untuk buat marketing sendiri.
Walapun dah buat marketing sendiri, buat macam-macam masih lagi tak jumpa jalan?
Kalau Tuan/Puan rasa stuck, tak tahu nak buat marketing yang macam mana lagi.
Mungkin IBM Method boleh membantu.
Jadi kali ni saya nak open servis run dan monitor FB Ads.
Untuk Tuan/Puan owner bisnes yang ada produk atau servis yang bagus.
Saya akan guide guna IBM Method.
Sekiranya Tuan/Puan berminat, boleh klik butang di bawah untuk apply.