Cara Buat Keyword Research untuk Cipta Konten yang Menghasilkan Pelawat Organik
Saya tengah stuck sebab saya tak tahu nak terbit konten apa lagi di blog DanialAbdulRahim.com.
Sebenarnya, bukan tak ada idea atau sibuk cuma apa yang menghalang saya untuk cipta konten baru ialah saya nak cipta sesuatu yang ramai orang cari dan baca.
Maksudnya cipta konten yang terus-menerus mendatang hasil. Buat kerja sekali dapat hasil berkali-kali.
Jadi, macam mana nak buat? Macam mana nak cipta konten yang orang cari?
Caranya kena buat SEO, sebagaimana saya tulis dalam artikel sebelum ini iaitu Apa Itu SEO.
Bila kita buat SEO sama ada untuk dapatkan pelawat organik dari Google mahupun jualan organik.
Perkara pertama ialah kita kena buat keyword research.
Jom kita mulakan.
Panduan Bagaimana Nak Buat Keyword Research
Tujuan buat keyword research adalah untuk:
- Dapatkan idea konten apa nak buat
- Tahu berapa banyak carian bulanan sesuatu keyword
- Supaya kita cipta konten yang orang cari
- Lantas jana jualan daripada konten yang dibina
Sebelum kita nak buat keyword research, kita mesti tahu apakah…
1) Niche Website
Atau dalam bahasa lain tahu apakah kategori blog/website yang dibuat.
Sebagai contoh blog saya tentang bisnes. Dan bisnes ini besar, sangat besar.
Dalam bisnes ada pecahannya lagi. Bisnes online, bisnes offline. Dan dalam setiap satu kategori boleh dipecahkan lagi.
Pengurusan bisnes online, pengurusan bisnes offline.
Marketing bisnes online, marketing bisnes offline.
Dan marketing pun boleh dipecahkan lagi dan lagi.
Boleh nampak?
Atau katakanlah ada blog tentang topik kesihatan. Topik kesihatan juga boleh dipecahkan lagi.
Pemakanan, senaman.
Dalam pemakanan ada makanan tambahan.
Dalam senaman ada peralatan senaman.
Jadi setiap satu kategori itu ada pecahan atau sub-topik masing-masing.
Sekarang apa kita nak buat? Tentukan kategori website atau blog secara spesifik.
Jadi untuk blog DanialAbdulRahim.com berdasarkan konten lepas, saya banyak fokus kepada:
- Bisnes Online
- Pembinaan Website atau Blog
- SEO
- Copywriting
- Email Marketing
- Dan lain-lain jika ada
- Pembinaan Website atau Blog
Bila dah jelas apakah niche website, maka untuk buat keyword research jadi lebih mudah.
Tetapi andai kita tak tahu apakah niche atau kategori website boleh pergi ke Amazon dan lihat pada bahagian Department.
Atau boleh pergi ke Wikipedia untuk tentukan niche website.
Search sahaja topik dalam Amazon atau Wikipedia, pastikan memberikan sub-topik atau niche yang berkaitan atau lebih mendalam.
2) Dapatkan Idea Konten Berkaitan Sebanyak Mungkin
Di sini ada 2 cara untuk dapatkan idea konten sebanyak mungkin.
Cara yang pertama ialah cara manual kita brainstorm untuk dapatkan idea konten sebanyak mungkin dengan menggunakan 5W1H dan cara yang kedua kita boleh guna tools percuma untuk hasilkan idea yang lebih banyak.

5W1H ialah:
- Who (Siapa)
- What (Apa, Definisi, Istilah, Contoh, Perumpamaan)
- Where (Di Mana, Lokasi)
- When (Bila, Pukul Berapa)
- Why (Kenapa, Mengapa)
- How (Bagaimana, Macam Mana, Cara, Tutorial, Panduan, Kursus)
Dan sambung setiap satu 5W1H dengan kategori.
Contoh: Pembinaan Website atau Blog.
Who Website/Blog > Mungkin kita boleh buat konten macam mana nak semak pemilik sesuatu website atau blog?
What Website/Blog > Apa itu website? Apa itu blog? Apa beza bebsite dengan blog? Apa lagi jenis website yang ada? Apa kelebihan dan kekurangan website?
Where Website/Blog> Di mana nak buat website atau blog? Di mana blog atau website disimpan?
Why Website/Blog > Kenapa blog? Kenapa website? Kenapa website lebih baik daripada social media?
How Website/Blog > Bagaimana nak buat blog atau website? Panduan website. Kursus website. Cara nak buat jualan daripada website. Tutorial buat website sendiri.
Dan lain-lain. Kita boleh generate banyak lagi idea. Itu baru satu kategori belum masuk sub-topik setiap satu kategori lagi.
Selalunya saya buat 5W1H ni dalam bentuk peta minda supaya senang saya nak tengok dan buat konten.
Cara manual ini bagus jika kita dah ada sedikit sebanyak pengatahuan dan pengalaman tentang sesuatu topik tetapi andai kita kosong dan langsung tak tahu tentang topik tersebut macam mana kita nak buat?
Nak tak nak terpaksa guna tool untuk generate idea yang releven dan berkualiti.
Tool pertama yang orang selalu guna ialah…
Google.
Google sahaja tentang topik tersebut.
Contoh: Buat website.
Scroll paling bawah untuk lihat carian berkaitan.

Itu baru satu tool, antara tool lain yang kita boleh guna ialah AnswerThePublic.

Cuma kekurangannya ia dalam English, tiada pilihan dalam Bahasa Melayu. Walaupun begitu kita boleh sahaja translate ke Bahasa Melayu guna Google Translate.
Selain itu kita juga boleh guna beberapa tool tambahan:
Kebiasannya jika anda merupakan seorang Pro SEO majoriti akan menggunakan keyword tool berbayar seperti:
Dan lain-lain.
Kelebihan guna tool berbayar ialah kita akan dapat data yang lebih cepat dan data yang lebih banyak. Sudah tentu kita akan dapat banyak ciri tambahan yang banyak memudahkan untuk buat keyword research.
Bonus: Cara untuk Gali Top Keyword Website Pesaing
Ini adalah trik yang diajar oleh Brian Dean dari Backlinko untuk kenal-pasti apakah top keyword daripada website pesaing.
Bila guna cara ini akan dapat lebih banyak keyword berkaitan yang kita tak pernah terfikir selama ini. Maksudnya dapat keyword-keyword yang rare tetapi tak ramai orang guna.
Sebelum kita nak gali, pastikan dahulu ada Gmail yang aktif dan akaun Google Ads.
Jadi caranya:
- Pergi ke Google Keyword Planner (GKP) dan sign in Google Ads.
- Pilih Discover new keywords.
- Pilih tab START WITH A WEBSITE.
- Dalam tu kita letak URL website pesaing kita, pilih Use only this page.
- Contoh saya sambung sebelum ini, saya search keyword buat website. Dan dapat beberap top website yang ranking untuk keyword tersebut, apa yang saya buat ialah copy URL website tersebut dan letak di dalam kotak Enter a domain or a page to find keywords.
- Akhir sekali klik GET RESULTS.
- Maka anda dapat keyword-keyword lain yang berkaitan.

Sekarang kita dah ada senarai keyword yang kita mahu buat konten dan untuk di-ranking, langkah seterusnya ialah kita nak tahu berapakah carian bulanan untuk sesuatu keyword supaya kita boleh anggar berapakah pelawat yang kita dapat bila kita buat konten tersebut.
3) Kenal-Pasti Carian Bulanan Sesuatu Keyword
Sebagaimana saya tulis dalam artikel SEO sebelum ini, jika kita berjaya ranking top 3 untuk sesuatu keyword maka kita akan dapat 50% daripada carian bulanan tersebut.
Contoh keyword: Buat website
Carian bulanan ada 5,000 orang cari. Jika kita konten yang kita buat berjaya ranking di tempat ketiga teratas maka kita akan dapat 50% daripada jumlah carian bulanan tersebut yakni 2,500 pelawat sebulan.
Sekarang, saya dah ada 10 keyword yang saya mahu buat konten untuk di-ranking dalam Google. Cuma tak pasti berapakah jumlah pelawat yang saya akan dapat bila buat konten tersebut.
Jadi, apa yang saya perlu buat untuk tahu carian bulanan untuk sesuatu keyword ialah:
- Pergi ke Google Keyword Planner juga.
- Masuk ke bahagian Get search volume and forecasts.
- Masukkan keyword kita ke dalam kotak tersebut (Pastikan satu keyword satu baris).
- Dan klik GET STARTED.
- Dekat atas dia akan keluar summary macam ni:

Impressions adalah jumlah carian bulanan. Dan kita boleh anggar 50% daripadanya boleh jadi pelawat ke website kita.
Sudah tentu ia bukan data yang tepat, sekadar anggaran. Mungkin kita hanya dapat 10% daripada impressions atau mungkin kurang. Seperti data di atas menunjukkan 600 klik bersamaan 600 pelawat daripada Google.
Poinnya di sini ialah bila kita buat keyword research kita nak tahu adakah keyword tersebut ada carian bulanan, jika tidak ada carian bulanan kita boleh skip keyword tersebut dan fokus kepada keyword yang mempunyai carian bulanan sahaja.
Jadi apa langkah seterusnya? Kita cipta konten yang mesra SEO untuk di-ranking.
Jika anda tidak tahu untuk cipta konten yang mesra SEO boleh dapatkan panduan SEO Algo Fixed. Di dalam panduan tersebut ada tunjuk cara untuk cipta artikel yang mesra SEO yakni senang nak ranking.
Dan terakhir sekali bila dah ada konten yang menghasilkan banyak pelawat organik, tangkap setiap pelawat untuk retargeting dengan FB Ads atau Google Display Ads dan tukarkan pelawat kepada pembeli jika kita ada jual produk atau servis.
Andai anda ada keyword tool yang lain daripada tool-tool di atas boleh kongsikan di ruang komen.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je
Banyak juga tips yang dapat dari entri ini. Terima kasih atas perkongsian ini.
Sama-sama Tuan. Semoga membantu. 🙂
Banyak boleh belajar ni.. thanks
Sama2. Semoga bermanfaat 🙂