2020
Tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 2020.
Masa saya kecil, saya terfikir…
“Sempat ke saya sampai tahun 2020. Sempat ke saya tengok kereta terbang.”
Pejam, celik, pejam, celik dah nak sampai 2020. Daripada zaman Dr. Mahathir memerintah sehinggalah beliau memerintah semula. Lawak kalau difikirkan semula.
Macam-macam berlaku. Macam-macam yang saya belajar.
Tapi tahun ini banyak yang saya belajar dan banyak juga yang saya buat silap.
Setiap tahun saya boleh nampak corak keputusan yang saya buat dalam kehidupan saya.
Sangat menarik bila dilihatkan semula pattern tersebut.
Corak pertama ialah bila saya buat keputusan yang betul, ada kesan yang positif.
Corak yang kedua ialah saya buat keputusan yang terburu-buru mengikut emosi, ada kesan negatif.
Pengajarannya ialah nak tak nak saya kena terima yang bahawasanya bila buat keputusan berdasarkan emosi atau ketika beremosi selalunya membawa kepada kesan yang negatif dalam kehidupan.
Jadi apa perlu buat? Sebelum membuat keputusan, tenangkan fikiran dahulu. Ambil tempoh bertenang, barulah buat keputusan yang dikehendaki.
“See the essence.”
.
Setiap tahun kalau kita tidak berkembang maka kita akan mengecil. Jadi macam mana nak terus-menerus berkembang?
Saya tak pasti sama ada saya ini seorang yang bertuah atau tidak, bernasib baik atau tidak, pandai atau tidak.
Masa di sekolah menengah saya dah decide untuk tidak sambung belajar (bukan bermaksud berhenti belajar). Tetapi tidak memilih untuk sambung diploma atau apa-apa pengajian.
Kenapa saya memilih jalan tersebut? Sebab bagi saya, saya fikir;
“Adakah apa yang saya belajar nanti boleh digunakan terus? Ilmu yang saya ada itu evergreen atau boleh diajar kepada orang lain?”
Dalam bahasa lain, adakah bila saya sambung belajar pengetahuan atau kemahiran yang saya pelajari mempunyai permintaan yang tinggi?
Jika tidak, sia-sialah apa yang saya pelajari. Banyak buang duit, masa dan tenaga sahaja kalau benda yang dipelajari tidak boleh digunakan secara menyeluruh.
Jadi, saya memilih jalan untuk tidak sambung belajar dan belajar sendiri.
Buatkan diri sendiri lebih bernilai. Belajar apa yang tak akan berubah, dari dulu, kini dan akan datang. Sebab itulah orang yang akan mahukan dan perlukan sampai bila-bila.
.
Macam Mana Nak Jadi Manusia yang Bernilai?
Jadi problem solver. Penyelesaian masalah.
Lihat balik dalam sepanjang kehidupan kita. Adakah kita banyak minta tolong orang lain selesaikan masalah atau ramai orang datang kepada kita untuk selesaikan masalah.
Jika tak ramai yang datang kepada kita untuk selesaikan masalah maksudnya kemahiran dan pengetahuan yang ada itu belum cukup bernilai lagi.
Kadang-kadang, bukan diri kita tak valuable. Cuma tak ramai orang tahu yang kita boleh selesaikan masalah tersebut.
Berbalik semula kepada formula: Value X Leverage.
Kita dah ada value tapi tak ada leverage. Sangat susah untuk dapat result.
Jadi macam mana nak dapatkan leverage?
Kuncinya ialah manusia. Itu sahaja.
Sebagai contoh, ramai je penyayi kat luar sana yang power-power tapi tak ramai yang betul-betul berjaya.
Kenapa? Sebab mereka tak ada manager.
Apa tugas manager penyayi ni? Tugas manager sampaikan lagu penyayi kepada orang seramai yang boleh.
Itulah leverage.
Perbaiki kelemahan kita dengan kelebihan orang lain.
Belajar untuk integrate kemahiran dan pengetahuan yang ada dengan kemahiran dan pengetahuan orang lain.
Itu kuncinya.
.
Tahun 2019 adalah tahun yang terbaik bagi saya.
Sangat tak sangka, saya bersama partner boleh develop bisnes dari zero sehingga 6 figure per month in 6 month.
Walaupun bukan bisnes sendiri sekadar develop bisnes orang lain, ia adalah satu pengalaman yang sangat best.
Walaupun sekejap, banyak yang saya belajar.
Dan seterusnya saya dapat kenal ramai orang yang hebat-hebat belaka.
Dulu lihat kat FB, beli panduan beliau. Sekarang diberi keizinan untuk berkongsi ilmu kepada beliau.
Saya sangat kagum dengan beliau, walaupun dah hebat, bantu bisnes orang generate sales juta-juta sebulan masih rendah diri dan tetap belajar lagi.
Dapat jumpa partner bisnes yang banyak tolong saya iaitu Izzad Saad. Terima kasih banyak-banyak atas segalanya.
Dan saya bersyukur dapat kenal Rich Schefren, yang banyak mengubah pemikiran saya tentang kehidupan dan bisnes.
Jika anda ada masa, carilah penulisan beliau. Banyak kita boleh belajar daripada apa yang beliau tulis.
Beliau juga merupakan anak didik Jay Abraham. Jadi sedikit sebanyak ada persamaan di situ.
.
Dan dikesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang banyak support saya sehingga kini.
Keluarga saya, rakan saya, mentor saya, pembaca blog saya. Tak dilupakan juga klien saya.
Banyak yang saya belajar daripada mereka semua.
Paling tak sangka ialah ada salah seorang klien boleh generate sales puluh ribu sebulan secara autopilot dengan website sahaja.
Ingatkan tak boleh, tapi boleh walaupun dalam niche yang agak susah orang nak percaya dan beli barang secara online.
Semuanya adalah berkat dan rezeki usaha masing-masing. Usaha lebih, jaga amal lebih, dapat lebih. Tiada rahsia.
Terima kasih sekali lagi.
Jumpa anda tahun hadapan.
~ Danial.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je