Posted on

3 Nasihat Kewangan Saya akan Berikan Kepada Diri Saya Jika Saya Masih Muda

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Bapa saya seorang pesara cikgu, manakala ibu saya seorang suri rumah.

Saya mempunyai lebih 8 orang adik beradik.

Hampir kesemuanya sudah berumah tangga.

Dan saya merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik beradik tersebut.

Apabila saya melihat setiap kehidupan abang serta kakak saya, banyak yang saya belajar, tidak kiralah sama ada daripada keluarga sendiri mahupun rakan-rakan keluarga saya.

Ditambah lagi daripada kenalan saya sendiri, orang asing yang tidak dikenali sehinggalah sahabat rapat saya.

Banyak yang saya belajar.

Banyak yang saya sedar tentang dunia sekeliling saya.

Perkara paling penting yang saya belajar ialah tentang dunia kewangan yang ramai tidak orang ceritakan tetapi terpaksa saya cari di dalam buku serta daripada orang-orang tertentu yang terbukti sudah bebas kewangan yakni duit sentiasa bekerja untuknya tak kira waktu.

Apa yang saya nampak dan belajar ialah jika pengurusan kewangan kita bagus, hampir keseluruhan masalah kita selesai dengan begitu sahaja.

Percaya atau tidak, itulah kebenaran yang terpaksa saya terima dengan sepenuhnya.

Dan ini apa yang saya belajar selama ini serta berharap sekiranya saya masih muda tahu serta faham sepenuhnya tentang pengetahuan ini iaitu…

1: Sentiasa Simpan 10% Tak Kira Apa Berlaku

Tidak ada seorang pun bangsawan di dunia ini tidak menyimpan 10% daripada apa yang dia jana.

Sangat mustahil seseorang itu boleh menjadi kaya raya tanpa simpanan yang banyak.

Memang mustahil oleh kerana kekayaan sebenar bukan terletak pada berapa banyak yang kita jana tetapi berapa banyak yang kita simpan serta boleh beri dengan mudah kepada orang yang dikehendakinya.

Simpan Dahulu, Guna Selebihnya

Bukan guna dahulu apa yang kita peroleh baru simpan bakinya.

Ia tidak berfungsi seperti itu oleh kerana jika kita simpan 10% daripada pendapatan kasar yang diterima maka lagi banyak yang kita simpan berbanding baki yang tinggal daripada 10% tersebut.

Sebagai contoh:

Pendapatan kasar yang diperoleh ialah RM10,000, selepas tolak semua keperluan kita tinggal RM1,000 baru ambil 10% iaitu RM100.

Bukan begitu tetapi,

Pendapatan diperolehi ialah RM10,000 sebulan, 10% daripada pendapatan kasar tersebut ialah RM1,000 maka simpanan tetap kita ialah RM1,000 paling sedikit.

Nampak?

Tetapi bagaimana kita tidak mampu?

Mula dari kecil dahulu. Jika tidak mampu 10% mulalah 1% dahulu.

Oleh kerana tabiat menyimpan secara konsisten lebih penting daripada berapa banyak yang kita simpan.

Selepas itu tingkatkan sedikit demi sedikit sehinggalah kita mampu 90% atau lebih pendapatan kasar kita.

Barulah kita tidak guna lebih daripada apa yang kita peroleh.

Barulah harta kita semakin bertambah bulan demi bulan, hari demi hari jika menyimpan setiap hari.

Barulah kita sebenar-benar tambah sebelum tolak.

Maka sangat mustahil kita jatuh miskin melainkan kita tidak ikuti prinsip ini sepenuh hati.

Tetapi…

2: Jangan Simpan Duit

Namun simpanlah sesuatu yang lebih bernilai daripada duit.

Sebelum kita nak masuk lebih dalam tentang sesuatu yang bernilai daripada duit, kita kena faham apa itu duit terlebih dahulu.

Dan ia bersandarkan oleh apa? Nilai duit datang daripada mana?

Sebab jika kita lihat sebenar-benar lihat.

Duit sebenarnya kertas yang tertulis nombor sahaja.

Ringgit Malaysia tidak bernilai jika kita gunakan di negara yang tidak menggunakan mata wang ringgit Malaysia dan mata wang asing tidak bernilai jika digunakan di Malaysia.

Melainkan ditukar dahulu duit tersebut ke mata wang ibunda sesuatu negara.

Berbalik kepada soalan utama ialah apa itu duit?

Apa tujuan duit kertas dicipta? Kenapa duit kertas wujud? Sebelum duit kertas wujud kita guna apa untuk jual beli?

Apa Itu Duit?

Kebanyakkan orang mahukan duit, kenapa?

Kenapa semua orang mahukan duit, ada apa dalam duit?

Sebab utama ramai orang mahukan duit adalah kerana ia merupakan alat tukaran nilai yang paling penting. Maksudnya ramai orang guna alat tersebut untuk jual beli yakni tukaran nilai.

Itulah duit. Alat untuk tukarkan nilai.

Nilai seekor kambing ditukarkan dengan nilai sebuah basikal. Ibarat sistem barter.

Zaman dahulu kala sebelum wujudnya sistem duit kita menggunakan sistem barter. Tetapi apabila zaman semakin maju kita tidak lagi menggunakan sistem barter sedangkan ia merupakan asas utama sebelum wujudnya sistem duit.

Sistem duit diwujudkan untuk memudahkan kita melakukan proses tukaran nilai. Duit digunakan untuk mengukur sesuatu nilai barang.

Percaya atau tidak kita sebenarnya boleh cipta duit begitu sahaja. Bagaimana? Dengan meletakkan berapa nilai ke atas apa sahaja yang kita cipta atau ada.

Katakanlah kita mencipta perhiasan dan meletakkan nilainya RM10,000 lalu ada orang membelinya. Di situ kita semua telah menerima dan bersetuju yang nilai perhiasan tersebut ialah RM10,000 sedangkan bagi orang lain tiada nilai atau nilai lebih mahal daripada itu.

Di sini kita faham lain orang lain nilainya.

Sebab itu sangat penting untuk kita tahu apakah yang bernilai dan tak bernilai bagi orang lain dan yang bernilai dan tak bernilai bagi kita supaya boleh tukarkan nilai tersebut dengan mudah.

Sangat penting untuk sedar akan perkara ini.

Dan sebelum wujudnya sistem duit kita sebenarnya telah menggunakan emas sebagai alat utama untuk tukaran nilai tak kira di mana kita berada.

Asalkan emas ia bernilai. Tetapi sekarang kita tidak lagi menggunakan emas sebagai alat tukaran nilai yang utama, oleh kerana emas sukar dibawa kemana-mana kerana ia besi yang berat dan besar dan mudah untuk dicuri.

Lalu wujudnya duit kertas alat untuk tukaran nilai yang lebih mudah dibawa ke mana-mana dan mudah untuk melakukan proses jual beli.

Sekarang duit kertas masih digunakan disamping kita ada kad debit mahupun kredit untuk melakukan proses jual beli. Dan kini wujud pula sistem e-wallet.

Mungkin selepas ini kita tak menggunakan duit kertas namun cyrpto currency atau digital currency.

Persoalannya sekarang kenapa kita tak digalakkan simpan duit kertas sedangkan ia alat tukaran nilai yang paling ramai orang guna?

Sebabnya duit kertas banyak kelemahan yang kita tak sedar. Dan percaya atau tidak orang yang sebenar-benarnya kaya mereka tidak simpan banyak wang kertas tetapi sesuatu yang lebih bernilai atau nilainya berkekalan.

Persoalan utama, kenapa orang kaya sendiri pun tidak simpan duit kertas? Oleh kerana ia ada inflasi.

Inflasi? Dipermudahkan duit kertas semakin lama nilainya semakin mengecil.

Jika sekarang duit yang kita simpan sebanyak RM10,000.

Dan kadar inflasi tahunan ialah 5%.

Jika kita simpan duit tersebut selama 10 tahun mungkin nilai duit kita selepas 10 tahun hanya RM5,000 nilainyaa walaupun dalam kertas tertulis RM10,000.

10 tahun lepas RM10,000 mungkin kita boleh beli hingga 5 buah motorsikal, mungkin sekarang hanya 2 atau 3 motorsikal sahaja.

10 tahun akan datang mungkin nak dapat sebuah motorsikal pada RM10,000 boleh jadi sangat sukar untuk membelinya.

Jadi kalau kita tak digalakkan simpan duit, “wang” apa yang sesuai untuk kita simpan?

Sebaik-baiknya simpanlah sesuatu yang nilainya kalis inflasi atau sesuatu nilainya semakin meningkat hari demi hari atau tahun demi tahun.

Apakah ia?

Emas (dinar), logam (dirham), tanah dan apa sahaja yang nilainya semakin meningkat.

Itulah nasihat yang saya akan berikan kepada diri saya jika masih mudah.

Jika sejak dilahirkan saya diajar untuk menyimpan sekurang-kurangnya 1 gram emas setiap bulan.

Andai 20 tahun saya hidup sekurang-kurangnya sudah mempunyai (20 tahun X 12 bulan X 1 gram) 240 gram emas.

Sekiranya kita mampu simpan 1 gram sebulan.

Jika tidak boleh, mulakan setahun satu gram, setengah tahun 1 gram sehinggalah sebulan segram emas.

Selepas itu emas tersebut ditukarkan kepada hartanah atau apa sahaja nilainya berkekalan atau semakin meningkat.

Barulah kekayaan kita berkekalan atau lebih baik lagi semakin meningkat hari demi hari.

Sebab itu ada pepatah bijaksana:

“Orang kaya semakin kaya.”

Langkah terakhir…

3: Bina Aset

Aset atau dalam nama lain paip wang ialah apa sahaja yang membawa masuk duit ke poket kita walaupun RM1 tanpa perlu kita bekerja.

Dalam erti kata lain, duit bekerja untuk kita tanpa henti untuk menghasilkan lebih banyak duit.

Sebagaimana al-kisah 2 orang rakan yang menjual air bersih kepada orang kampung.

Rakan A menjual air bersih kepada orang kampung berbakul-bakul tetapi menghantar air bersih menggunakan tenaga krudat sendiri.

Rakan B tak menjual air bersih lagi tetapi menghilang entah kemana. Selepas 6 bulan beliau datang kembali dengan kontraktor membina paip air untuk menyalurkan pada setiap rumah yang ada pada harga yang lebih rendah serta kualiti tinggi berbanding rakan A.

Penyelesaian rakan B mendapat sambutan hangat dan sistemnya semakin bertambah baik hari demi hari. Lalu beliau juga meneruskan projek sama pada kampung-kampung lain yang masih belum menerima bekalan air yang bersih lagi.

Pengajaran daripada cerita ini ialah jangan bekerja untuk duit tetapi buatkan duit bekerja untuk kita tanpa henti walaupun kita dah bersara atau tidak bekerja lagi.

Kita semua sebenarnya sudah tahu atau tidak tahu cerita ini. Persoalannya sekarang, ramai yang tak tahu bagaimana nak aplikasikan dalam kehidupan kita bukan?

Jika saya terangkan kepada diri saya yang masih mudah mungkin kebingunan kerana tak tahu bagaimana nak mula serta setiap rumah sudah ada sistem perpaipan air yang sempurna.

Jadi, bagaimana kita nak buat sistem paip wang yang sendiri?

Faham terlebih dahulu bagaimana paip wang boleh terbentuk? Apakah pecahan paip wang? Ia diperbuat daripada apa?

Paip Wang = Nilai X Leveraj X Automasi.

Berbalik kepada cerita 2 rakan yang menjual air.

Nilai yang rakan-rakan tersebut berikan ialah air yang bersih.

Leveraj ialah pengganda yakni berapa ramai yang perlukan/mahukan nilai yang diberi? Dalam cerita tadi, penduduk kampung mahukan air yang bersih.

Automasi ialah sistem yang menyalurkan nilai kepada ramai orang secara serentak. Sebagaimana cerita tadi, rakan B menyalurkan air bersih menggunakan sistem perpaipan kepada penduduk kampung secara serentak tanpa perlu hantar berbakul air pada setiap rumah.

Nampak? Nilainya ialah air, leveraj ialah penduduk kampung dan automasi ialah sistem perpaipan.

Sekarang lihat contoh lain iaitu minyak petrol.

Nilai ialah minyak petrol, leverej ialah orang yang memandu kenderaan dan automasi adalah pam minyak.

Seterusnya anda cari contoh sendiri dan akan nampak formula Nilai X Leveraj X Automasi = Paip Wang.

Jangan Buat Kesilapan yang Sama

Bill Gates pernah cakap:

“Bukan salah kita kalau lahir miskin, tetapi akan menjadi sesuatu kesalahan jika kita meninggal dunia keadaan miskin.”

Maksudnya, kalau kita dilahirkan di dunia ini dalam keadaan serba kekurangan, bukan salah kita sebab kita tidak ada kuasa untuk ubah apa yang berlaku sebelum kita lahir di dunia ini.

Tetapi apabila kita sudah menjadi dewasa, tidak mahu belajar dan mendalami ilmu kekayaan dan seterusnya mati dalam keadaan miskin itu adalah satu kesalah yang besar kerana semasa kita hidup kita sebenarnya ada kuasa untuk membuat pilihan serta keputusan untuk membina kekayaan lantas mewarisi kekayaan yang kita ada.

Segala-galanya ditangan kita.

Pilih sebaiknya.

Buat yang sebaiknya.

Ambil tanggjungjawab sepenuhnya ke atas hidup kita.

Tiada siapa yang akan ubah hidup kita sendiri melainkan diri sendiri yang ubah hidupnya terlebih dahulu.

Jangan tunggu bulan jatuh ke riba, jatuhkan bulan ke riba kita sendiri.

Apabila diri berubah, dunia sekeliling juga akan berubah.

Segalanya bermula di tangan kita.

Pilihlah yang terbaik.

Kerana setiap pilihan menentukan destinasi kehidupan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *