Jual Produk Kesihatan/Kecantikan Guna Ecom, Ada Orang Beli Ke?
Jual Produk Kesihatan/Kecantikan Guna Ecom, Ada Orang Beli Ke?
Baru-baru ini saya dapat klien untuk buat minisite yang ada add to cart.
Mula-mula saya terfikir, “Ada ke orang nak beli dari website? Walaupun website baru sekali pun?“
Oleh kerana sendiri tak pernah tengok orang membeli di website secara auto, kalau ada pun yang betul-betul convert website luar negara atau andai di Malaysia majoriti akan membeli di marketplace yang sudah establish seperti shopee, lazada, lelong dan lain-lain.
Sebab saya tahu bukan senang untuk tukar behavior rakyat Malaysia untuk membeli di website tambahan lagi website baru yang langsung orang tak kenal atau tahu.
Tapi sangkaan saya melesat sama sekali, bila website sudah siap sepenuhnya dan klien run Google Ads bajet RM10 sehari ini hasilnya…
Tak sampai 48 jam dah ada 2 orang beli dari website. Terkejut dibuatnya. Saya sendiri tak pernah buat website direct close sales.
Dulu masa bina start-up pernah eksperimen buat direct ke minisite > order form, spend FB Ads RM100 seorang pun tak beli.
Jadi, saya tertanya-tanya, “Macam mana boleh convert? Macam mana orang boleh beli dengan mudah?”
Bila saya kaji balik, mungkin ini beberapa faktor orang membeli di website berbanding WhatsApp.
Produk Hot
Tak kira kita jual apapun sebab utama kenapa orang membeli ialah atas dasar kepercayaan.
Orang percaya pada produk, orang percaya pada seller(brand) dan orang percaya pada diri sendiri yang produk yang dibeli tu akan membantu.
Kalau tak ada kepercayaan maka pembelian tidak akan berlaku. Jadi bila saya tengok balik produk yang dijual ini boleh dikatakan positioning-nya sangat strong.
Sebab pernah masuk media massa (TV, surat khabar dan lain-lain).
Banyak endorsement daripada artis.
Banyak buat video melambangkan produk adalah high-end (premium).
Teringat kata-kata Tuan Guru Gary Bencivenga.
“Master closer, sell on proof.”
Jadi tidak mustahil untuk dapat close customer dengan mudah oleh kerana position, branding dan proof element yang ada juga kuat.
Dan sudah tentu nama domain, keyword yang digunakan ialah nama produk itu sendiri. Jadi, bila orang search produk maka orang dah tahu produk tersebut adalah untuk apa dan hanya tinggal tengok beberapa review/feedback/testimoni maka mereka sudah bersedia untuk membeli.
Pembeli Membeli dengan Cara Kebiasan Mereka Membeli
Maksudnya, orang akan membeli dengan cara yang mereka selalu membeli.
Kalau customer jenis selalu beli barang di shopee, maka dia akan selalu membeli di situ.
Kalau customer jenis selalu beli di WhatsApp, maka dia akan selalu beli di situ.
Sama juga, kalau dah selalu membeli di website? Maka mereka akan selalu beli di website.
Dan apa yang menariknya ialah 2 orang customers yang beli dari website semuanya menggunakan kad.
Tak ada pun yang beli menggunakan online banking.
Maksudnya di sini ialah mereka dah biasa membeli menggunakan kad debit/kredit.
Selama ini saya tak pernah terfikir pun, rupa-rupanya ada banyak lagi peluang bisnes yang belum dimaksimakan sepenuhnya.
Banyak lagi lubang yang belum terisi. Jadi siapa yang terawal yang rebut peluang ini maka dialah yang dapat manfaatnya.
Apa Seterusnya?
Sudah tentu saya nak tengok apa lagi klien saya akan buat untuk beliau tingkatkan sales dari website.
Hari demi hari saya belajar perkara baru, walaupun selama ini dah biasa tengok orang buat sales dari FB Ads > WhatsApp, sangat jarang saya jumpa orang buat gaya Ads > Website > Order Form.
Jadi kalau beliau berjaya scale-up lagi, perbaiki apa yang lompong, buat retargeting + remarketing abandon add to cart, auto follow-up recent buyer untuk tingkatkan repeat sales dan banyak lagi. Memang sangat hebat.
Doakan beliau semakin berjaya hari demi hari.
Saya tumpang gembira untuk beliau.
Dan saya doakan anda juga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.
Jika anda mahu membina website yang convert + payment gateway, boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
~ Danial Abdul Rahim
DanialAbdulRahim.com
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je