Tutorial Mudah Cara Install Facebook Pixel pada WordPress/Blogspot 2019

Pada entri sebelum ini saya ada suruh install Facebook Pixel supaya kita boleh rekod berapa ramai yang datang melawat ke web kita dan supaya kita boleh follow-up balik pelawat kita dengan Facebook Ads pada masa akan datang dengan konten-konten yang menarik mahupun tawaran-tawaran yang menarik.

Jadi pentingnya untuk kita pasang Facebook Pixel pada web sendiri supaya setiap pelawat yang masuk itu tidak dibazirkan begitu sahaja.

Persediaan sebelum pasang Facebook Pixel pada web kita ialah:

  1. Ada akaun Facebook Business Manager, sebab personal ads akaun tak support FB Pixel.
  2. Install extension Facebook Pixel Helper, untuk melihat sama ada FB Pixel kita berjaya di-install atau tidak. (extension ini hanya ada pada Chrome sahaja, firefox tak ada).

Bila kita dah ada akaun facebook business manager dan sudah install extension tersebut, jika kita follow tutorial di bawah:

1. Pergi ke Facebook Pixel

Caranya, pergi ke Business Manager terlebih dahulu > Ad Accounts Kita.

Bila dah masuk ke Ads Manager > Klik Ads Manager di bahagian atas kiri > Tekan All Tools dan pergi ke Events Manager > Pixels:

Facebook Pixel

2. Create Facebook Pixel

Bila kita dah masuk ke Pixels di bahagian kanan sekali ada butang Add Data Source, dalam tu picit Facebook Pixel.

3. Masukkan Maklumat yang FB Minta

Masukkan Pixel Name dan Website URL kita seterusnya tekan Create.

4. Manually Install

Selepas itu akan keluar 3 pilihan cara nak install FB Pixel, kita pilih Manually Install Pixel Code Yourself.

5. Copy Pixel Code Tersebut

Scroll ke bawah sehingga kita jumpa copy the entire pixel code > klik pada code tersebut untuk auto copy.

6. Pasang Pixel Code pada Website Kita

Sekarang bahagian yang agak sukar sedikit, bila kita dah dapat code pixel di mana kita nak pasang/tanam code tersebut?

Kita kena paste code pixel kita pada bahagian di bawah code <head>.

WordPress dan Blogspot memerlukan cara berbeza untuk pasang.

Cara Install Pixel pada WordPress

Pastikan kita terlebih dahulu sudah install plugin Insert Headers and Footers dalam WordPress.

Setelah itu dalam WP Admin WordPress pergi ke > Settings > Insert Headers and Footers > Masukkan Pixel Code dalam Scripts in Header dan Save.

Cara Install Pixel pada Blogspot/Blogger

Anda pergi ke Blogger.com > Pilih blog yang anda mahu install Pixel > Theme > Picit Edit HTML > Cari kod <head> dan di bawahnya paste Pixel Code kita tadi > Save theme.

7.  Siap? Belum Lagi

Lihat sama ada Pixel kita berjaya ditanam atau tidak dengan Send Test Traffic ke web kita. Kalau keluar warna hijau maksudnya pixel kita berjaya dipasang dengan jayanya.

Klik Continue.

8. Setting Events

Setelah habis pasang Pixel Code kita, Facebook akan memberi pilihan untuk kita track apakah event yang kita mahu di-tracking jadi kebiasannya kita hanya track berapa ramai orang melawat ke web kita, berapa ramai yang bertukar menjadi leads, berapa ramai yang membeli itu semua adalah di bahagian Ecommerce and Retail.

Jadi pilih setting tersebut. Dan klik Done. Siap!

BONUS: Facebook Pixel Helper

Facebook Pixel Helper adalah tool yang membantu kita untuk melihat sama ada pixel kita berjaya dipasang atau tidak dan berapa banyak Pixel Code yang dipasang pada sesuatu web tersebut dan apakah yang di-tracking pada sesuatu page dan lain-lain. sebagai contoh seperti gambar di bawah:


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

One Comment

  1. Safar Mohamad says:

    salam.. sy dpt info cara utk install pixel.. terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *