Cara Buat Duit Supaya Duit Buat Kita dengan Buat Apa yang Kita Minat
Saya sekarang dalam delima.
Mahu menjana pendapatan tambahan selain melakukan kerja tetap.
Ada banyak cara dan jalan kita boleh pilih dan buat.
Affiliate, dropship, bisnes digital, servis dan lain-lain.
Dan itu yang menjadi masalah utama.
Sebab terlalu banyak perkara yang boleh dibuat sehingga buntu tidak tahu yang mana satu yang terbaik buat diri.
Jadi, apa perlu buat?
Kenal-Pasti Apa Sebenarnya yang Kita Mahu
Apa yang saya nak ialah saya mahu buat duit berdasarkan perkara/subjek yang saya minat.
Maksudnya saya tak bosan buat kerja tersebut dan saya boleh buat perkara tersebut dengan rela hati takpa perlu memaksa diri.
Atau lebih mudah faham, saya rasa seronok bila buat kerja tersebut.
Itu yang utama. Kita buat sesuatu kerja itu sebab kita suka dan rasa seronok barulah hasilnya memberangsangkan.
Itu satu, seterusnya ialah saya mahu buat duit buat saya.
Ha? Maksudnya?
Kita mahu duit bekerja untuk kita supaya duit semakin lama semakin bertambah banyak walaupun kita tak bekerja lagi.
Pesan mentor saya:
Orang biasa bekerja untuk dapatkan duit, orang kaya buat duit bekerja untuknya.
Dan satu lagi pesan mentor saya ialah:
Orang biasa simpan duit, orang kaya beranakkan duit.
Jadi, 2 kriteria yang saya mahu:
- Buat duit berdasarkan apa yang saya minat/enjoy
- Buat duit tanpa perlu tukar masa dengan duit
Di sini saya sudah kecilkan pilihan yang saya ada.
Affiliate, dropship dan bisnes digital.
Tiada lagi buat servis kerana servis memerlukan saya tukar masa yang ada kepada kerja yang perlu dibuat walaupun keuntungan servis sangat besar berbanding pilihan yang lain tetapi kelemahannya bila kita tak buat kerja kita tak dapat income (melainkan kita outsource). Itu yang paling berisiko. 100% bergantung harap kepada diri sendiri.
Dan daripada ketiga-tiga pilihan tersebut yang mana satu pilihan terbaik untuk orang yang nak baru bermula?
Cara Paling Cepat dan Mudah untuk Buat Duit
Sebelum kita masuk ke ‘cara’ dan ‘mudah’ kita perlu faham terlebih dahulu bagaimana duit boleh dijana dan apa itu duit?
Duit ialah alat tukaran nilai.
Nila A ditukar dengan nilai B.
Nasi goreng ayam bernilai RM5 ditukarkan dengan duit yang sama nilainya RM5.
Bagaimana pula duit boleh dijana?
Kurang jelas? Terbalikkan soalan tersebut.
Bagaimana kita membeli sesuatu?
Kita beli jelah kan? Tapi pernahkah kita terfikir apa yang kita beli/bayar selama ini untuk apa dan kenapa kita buat apa yang kita buat?
Kita beli/bayar sesuatu sebab kita suka dan perlu, betul?
Dan boleh dikatakan semua yang kita beli/bayar adalah untuk memudahkan kehidupan kita.
Tapi bila kita kaji sebenar-benar kaji sebenarnya kita membeli harapan.
Kita beli sesuatu sebab kita harapkan sesuatu, kita menjangkakan sesuatu.
“Kalau aku beli baju ni mesti rasa kacak dan bergaya, mesti kena puji.”
“Kalau aku makan kat kedai ni, mesti rasa nasi ayam dia sama macam aku makan sebelum ni, confirm sedap bak hang.”
“Kalau aku beli panduan buat duit ini mesti aku boleh buat duit 5 angka, wow.”
Dan macam-macam lagilah jangkaan yang kita letak pada diri bila kita nak membeli.
Kembali kepada persoalan utama macam mana kita nak buat duit dengan cepat dan mudah?
Kita dah tahu duit ialah tukaran nilai.
Jadi kalau kita nak buat duit kita perlu tukarkan sesuatu bernilai kepada duit.
Itu sahaja.
Selagi mana kita tiada sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan maka selagi itulah duit tak akan mengalir ke kita.
Mudah bukan?
Seterusnya kita nak buat cepat ni, kita nak fast cash. Macam mana tu?
Cepat berkaitan dengan masa kita mahu sesuatu yang segera.
Kita tanya balik kepada diri apa yang bernilai orang mahukan segera.
Pernah tak kita lihat seseorang itu terdesak mahu membeli sesuatu?
Bak kata Tuan Guru Suffian Salahudin:
“Desperate buyers.”
Orang memang yang betul-betul desperate gila nak solve atau capai sesuatu dalam masa yang singkat.
Berdasarkan pengalaman saya, selalunya orang yang dalam kesakitan memang nak cepat selesaikan kesakitan yang dialami yakni pesakit di hospital/klinik. Ahli keluarganya sanggup melakukan apa sahaja asalkan keluarganya sihat dan tidak mengalami kesakitan.
Atau kita boleh lihat contoh Tuan Suffian Salahudin kongsikan sendiri.
“Orang yang lagi 2 minggu nak bersanding mahu kuruskan badan.”
2 minggu berkaitan dengan masa, jadi? Desperate buyers detected.
Di situ kita masuk dan jual penyelesaian kepada orang.
Itulah kerja kita, memudahkan orang lain yang berada dalam situasi terdesak, jika mahu buat duit dengan cepat.
Tetapi itu semua contoh yang agak susah nak buat walaupun kita tahu ia cepat tetapi macam mana kita nak buat duit dengan mudah?
Mudah berkaitan dengan kebiasaan.
Sekarang ni, rakyat Malaysia biasa/selalunya membeli di mana?
Online atau offline? Dua-dua bukan? Tapi kalau nak di-ikutkan mudah, online lagi mudah betul?
Seterusnya orang Malaysia ni mudah/biasa beli barang atau apa sahaja di mana?
Di toko online err kedai online! Seperti? Shopee, Lazada dan lain-lain.
Bila kita lihat trend rakyat Malaysia mereka selalunya/kebiasaan membeli online di Shopee, Lazada, Facebook, IG dan WhatsApp. Tempat lain ada tapi perlu buat kajian sendiri.
Bila dah tahu apa kita nak buat? Jual sesuatu ditempat selalu orang membeli. Mudah, sebab orang dah biasa yakni kenal serta percaya.
Ibarat kita memancing di kolam penuh dengan ikan kelaparan tinggal mengail je, confirm dapat. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Tapi jangan pula pakai umpan kek secret recipe memang ikan tak makan jawabnya, maksudnya kalau kita jual sesuatu orang tak cari memang susah nak buat duit.
Macam mana nak tahu barang tu orang senang beli? Setiap kategori barang lihat pada best-seller atau hot item. Maka itulah orang suka membeli.
Adakah Saya akan Buat Dropship?
Saya sememang dah ada buat duit dengan dropship jual barang di Shopee tetapi bukan secara menyeluruh dan sungguh-sungguh.
Sebab saya kurang minat jual produk fizikal walaupun kalau diikutkan di Shopee bila kita buat betul-betul boleh jana RM 4 angka bersih sebulan dengan jual produk orang lain tanpa simpan stok.
Orang order, kita hantar order ke HQ dan customer dapat barang kita dapat duit. Simple.
Kalau anda gila nak buat duit kaw-kaw boleh cuba Shopee.
Tapi saya nak lebih suka bina sesuatu yang saya minat disamping jana pendapatan pasif.
Ada ke?
Tinggal Affiliate & Bisnes Produk Digital
Apa benda affiliate ni? Dan Apa beza affliate dengan produk digital?
Affiliate sama seperti dropship. Apa yang membezakan ialah dropship produk fizikal dan affliate lebih kepada produk digital seperti ebook, e-course di udemy contohnya, servis online seperti airbnb.
Affiliate ni dipermudahkan kita jadi orang tengah dan rekomendasikan sesuatu servis atau produk kepada orang lain dan bila orang tersebut mencuba/membeli maka kita dapat komisen.
Apa beza dengan Produk Digital? Produk digital ialah produk kita sendiri.
Dan kita boleh tawarkan affiliate kepada orang lain.
Sekarang yang mana satu saya akan pilih?
Sudah tentu bisnes produk digital sebab keuntungan lebih besar daripada affliate, tapiā¦kalau kalau kita tak pasti apa kita nak jual ebook ke panduan video dalam topik apa maka mulakan dengan affiliate terlebih dahulu.
Sebab kita tak perlu cipta produk sendiri. Guna produk orang lain dahulu untuk bina database buyer sementara nak siapkan produk sendiri supaya bila dah ada produk sendiri blast sahaja kepada database sedia ada. Buat Product Launch Formula.
Sambil menyelam dan sambil minum.
Jadi saya dah decide untuk buat affiliate.
Bagaimana nak bermula tu Insya-Allah saya akan share dalam blog ini.
Apa yang saya buat apa yang perlu dielakkan, case study dan eksperimen menarik.
Semuanya yang boleh saya kongsi, saya buat.
Apapun, jumpa lagi pada post akan datang.
Andai anda berminat nak ikuti perkembangan terbaru daripada saya boleh dapatkan update terkini di DAR Vault.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je
Terima kasih atas ilmu diberikan. Jika saya join buat duit dengan Affiliate Tuan DANIAL macam mana?
Sama2. Semoga membantu. InsyaAllah saya akan buat affliate bila sampai masanya nanti. Tunggu~