Ini Apa Anda Perlu Buat Selepas Install WordPress
“Saya dah install WordPress. Jadi apakah langkah seterusnya?”
Selepas sahaja kita install WordPress perkara utama yang perlu kita tahu ialah…
Kenapa Kita Buat Apa yang Kita Buat?
“Everything start with purpose.” ~ Sean D’Souza
Sebenarnya, sebelum ini saya sudah ada blog sendiri. Personal blog. Menggunakan platform blogspot. Anda boleh lihat blog yang lama saya di sini danial-ar.blogspot.com.
Kalau saya sudah ada blog kenapa buat blog baru?
Saya buat blog baru sebab kali ini saya mahu membina sesuatu yang lebih proper dan tersusun.
Sekiranya kita masih menggunakan blogspot sahaja memang bagus tetapi sangat terhad dengan apa yang kita boleh buat sebenarnya.
Saya juga dahulu pengguna tegar blogspot dan boleh dikatakan pro-blogspot dan anti-wordpress.
Jadi bagaimana secara tiba-tiba bertukar arah? Apabila kita sudah merasi kenikmatan dan kelebihan yang ada pada WordPress kita tidak akan berpatah balik.
Ok sudah cukup sudah dengan bebelan mengarut saya.
Secara ringkasnya saya membina blog Danial Abdul Rahim ini adalah mahu membina aset maya atau dalam bahasa lain saya mahu berkongsi segala-gala pengalaman, pegetahuan, kemahiran yang saya pelajari daripada pelbagai sudut dan sumber supaya boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.
Oleh kerana saya percaya…
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.”
Berapa Banyak Hasil yang Kita Boleh Peroleh dengan Setiap Usaha yang Kita Buat?
Kenapa blog/website.
Kenapa tak buat IG ke, Facebook Pages ke atau jadi Youtubers ke.
Kan lebih mudah dan baik.
Saya tak kata social media tak bagus tetapi zaman menggunakan satu media sahaja dah mati. Ini zaman moden. Kita perlu menggunakan omnipresence marketing untuk mendapatkan hasil yang maksima.
Dengan blog kita boleh tukar satu artikel kepada semua konten yang kita mahu. Satu artikel boleh digunakan untuk IG, YouTube, Facebook Profile/Page, podcast dan banyak lagi. Dan semua itu boleh dibuat secara auto. Macam mana? Nantikan eksperimen saya 🙂
Itu baru satu kalau kita ada 5, 10, 100 artikel? Cuba bayangkan berapa banyak kali ganda manfaat yang kita boleh perolehi nanti?
Dan sebenarnya, ramai orang tak nampak potensi blog berbanding dengan medium lain.
Bila kita ada blog yang bernilai (authority blog) kita boleh buat banyak perkara.
Kita boleh buat duit dengan blog. Banyak cabang: pengiklanan berbayar (adsense), affiliate (agen produk), produk digital, servis (saya ada blog pelawat sebulan ratus-ratus je tapi sekali close boleh dapat RM 4-5 angka) dan banyak lagi.
Mudah dapat peluang JV/offer yang sangat menarik.
Dijemput buat talk atau menjadi speaker.
Boleh cari jodoh (saya akan buat eksperimen ini suatu hari nanti).
Mudah dapat kerjaya idaman. Apa kaitan dengan blog? Sebab kita boleh buat resume/portfolio online yang professional dan hantar kepada syarikat yang mahu kita bekerja (saya bagi contoh pada artikel akan datang).
Blog boleh dijual beli. Dan nilainya boleh melebihi jutaan ringgit.
Dan paling tak dapat dilawan oleh mana-mana media ialah kita terus-menerus dapat pelawat daripada pelbagai carian atau sumber tanpa henti walaupun kita sudah berhenti mempromosikan blog kita.
Blog je kan. Tapi nilainya tak dapat disangkal.
Bagi saya membina blog sama juga seperti membina bisnes. Ambil masa untuk dibina dan perlukan jagaan yang rapi di peringkat awal. Tapi bila masa sudah matang kita akan terus-menerus mendapat kemanisan yang tak terkata (cuma jangan lupa renew domain dan hosting, pengajaran paling mahal bagi saya).
“The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.” ~ Peribahasa Cina.
Kesilapan Ramai Blog Buat
Semua orang boleh buat blog/website tetapi tak semua orang dapat manfaat yang banyak daripada blog yang dibinanya.
Sebabnya kenapa? Oleh kerana kita bina sesuatu yang tidak bernilai.
Perkara utama yang perlu kita utamakan blog kita untuk siapa, siapakah yang yang paling banyak dapat manfaatnya serta ramai tak orang yang berminat dengan apa yang kita tulis?
Kalau kita bina sesuatu suka-suka, maka hasilnya juga suka-suka.
Kalau kita bina sesuatu yang ramai orang cari, maka hasilya banyak pelawat yang melawat blog kita.
Jadi macam mana kita nak tahu? Ramai ke tak? Ke sia-sia aku buat konten ni.
Kuncinya kaji permintaan. Bagaimana? Saya kongsikan juga pada artikel akan datang. Tunggu…
…dan saya juga sebenarnya dah tulis banyak konten. Pada blog-blog lama. Mungkin anda akan baca peli sedikit tulisannya. Maklumlah zaman sekolah menengah tulis blog.
Sekarang barulah kita masuk bahagian teknikal yang kita semua nantikan.
Install Plugin yang Penting
Bila kita sudah ada website sendiri, perkara utama yang kita kena ingat ialah setiap pelawat yang datang ke website kita perlu ‘dijerat’.
Ha? Maksudnya?
Bayangkan kita ada sebuah kedai emas. Banyak orang masuk, cuma sebahagian kecil yang membeli dan ramai orang keluar macam tu je. Sangatlah rugi. Kalau kita ada cara untuk hubungi semula setiap orang yang tak membeli tu kan best. Betul? Betul?
Jadi plugin yang paling penting ialah…
Untuk kita tanam Facebook Pixels dan juga Google Tag Manager supaya kita boleh follow-up semula pelawat yang telah masuk ke website kita.
Itu satu tetapi yang sebaiknya ialah…
Setiap pelawat yang masuk itu kita berjaya dapatkan emel dan/atau nombor telefon pelawat.
Kenapa? Lagi banyak database yang kita ada maka lagi bernilai blog/website/bisnes yang kita ada.
Security Plugin
Bila kita ada harta sendiri perkara yang jarang orang ambil berat ialah melindungi harta kita dengan baiknya.
Ada 2 plugin yang saya syorkan.
#1: Sucuri Security
Untuk melindungi website kita daripada kena hack.
#2: WPS Hide Login
Supaya orang lain tak tahu dekat mana nak login website kita. Ini penting.
Selalunya kunci kereta ada dekat tempat pemandu ini kunci kereta kita ada di tempat bawah seat. Pelik bukan? Itulah kegunaan plugin ini. Orang lain tak tahu kunci kita dekat mana.
WordPress Optimization Plugin
Website yang slow sangat dibenci oleh pelawat dan Google. Tak kiralah yang slow-nya internet pelawat. Kalau website kita loading lebih 5 saat. Memang akan ditinggalkan pelawat serta dibenci Google.
Macam mana nak tahu kelajuan website kita? Boleh semak di sini:
Atau
Slow?
Boleh pakai plugin WP Rocket untuk melajukan website kita dengan ketara.
Ya, plugin tersebut berbayar. Jika anda mahu plugin altenatif boleh guna W3 Total Cache.
Tapi banyak lagi faktor yang memainkan peranan sesuatu website itu laju atau slow. Saya akan bahas lebih dalam pada artikel akan datang juga. (Pergh banyak gila artikel KIV. Takpa Danial u can do it!)
Google Analytics
Selain daripada kita tanam Facebook Pixel dan Google Tag Manager, salah satu plugin bagi saya yang sama taraf dengan tracking tersebut ialah Google Analytics.
Google Analytics ini ibarat report card harian, mingguan, bulanan dan tahuna untuk website kita.
Kita boleh tahu berapa ramai yang melawat melawat kita, datang daripada mana dan berapa lama mereka berada dalam website kita.
Dan banyak lagi fungsi canggih yang kita boleh guna.
Setakat ini saya tak habis mendalami lagi Google Analytics. Insya-Allah ni antara salah satu tool yang saya mahu kuasai suatu hari nanti dan kongsikan kepada anda apa yang saya pelajari.
SEO Plugin
Akhir sekali, sudah tentu kita mahu install plugin SEO.
Plugin SEO ini yang akan membantu kita untuk mudah keluar dalam Google.
Tapi yang mana satu plugin terbaik SEO setakat ini?
Bagi saya sekarang ini plugin SEO paling terbaik ialah…
Mungkin ramai yang tak setuju dengan saya sebab ramai pengguna tegar SEO kata Yoast SEO paling terbaik.
Kalau anda nak tahu kenapa saya pilih Rank Math, boleh lihat di sini sebabnya…
Itu Je?
Tak, banyak lagi kena buat selepas install WordPress.
Ini sekadar keperluan asas untuk membina website yang lebih kukuh untuk akan datang.
Dan panduan ini saya akan kemaskini dan tambah baik hari demi hari mana yang boleh. Tambah tutorial bergambar dan video supaya lebih jelas dan mudah faham.
Jumpa lagi.
~ Danial.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je