Apa Itu SEO? Panduan SEO untuk Orang Baru

SEO dalam bahasa mudah ialah mengoptimasikan web supaya mendapat ranking dalam carian apabila ada orang cari sesuatu keyword.

Saya bagi contoh supaya mudah faham.

Katakanlah setiap bulan ada 9,900 orang cari: resepi kek coklat, di Google.

Dan web kita ada menulis tentang resepi tersebut.

Andai ada 9,900 orang cari maka sepatutnya kita dapat 9,900 pelawat dari Google betul?

Tapi, kenapa kita tak dapat pun pelawat sebanyak itu dari Google. Sekadar belas-belas pelawat sahaja dari Google.

Maksudnya web kita tak SEO-kan sebaiknya. Sebab itu kita tak dapat pelawat yang banyak.

Jadi wujudlah SEO untuk membuatkan web kita mendapat pelawat yang banyak dari Google.

Cara untuk mendapat pelawat yang banyak sudah tentulah web kita mesti berada di 1st page dalam Google.

Dan mendapat tempat 3 teratas.

Kenapa 3 teratas? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar SEO web bila kita berada pada kedudukan 1st page dan 3 teratas maka kita berpotensi untuk mendapat 50% daripada carian bulanan.

Bayangkan ada 9,900 orang cari setiap bulan maka 50% yakni 4950 pelawat sebulan berpotensi masuk ke web kita.

Paling best pelawat tersebut semua adalah percuma dan selagi mana ada tiada pesaing berjaya mengalahkan SEO web kita maka selagi itulah kita berada di tempat teratas.

Sekarang pertanyaan yang ditunggu-tunggu ialah…

Bagamana kita nak SEO-kan website kita?

…dan apa faktor yang menyebabkan web kita berada di kedudukan yang tinggi di dalam carian?

Cara dan faktor ada banyak dan sangat banyak (lebih 200 faktor ranking), tetapi bagi saya dalam dunia SEO 3 asas SEO ini yang perlu kita kuasai:

#1: Content (Keyword) Optimization

Dalam SEO segala-galanya bermula dengan keyword.

Kenapa mula dengan keyword? Saya bagi perumpaan supaya mudah faham.

Bayangkan kita mahu memancing ikan. Kita mengail ikan di tempat A. Guna umpan yang terbaik, joran yang banyak tapi selepas berjam-jam lamanya seekor ikan pun langsung tak dapat.

Dan keesokkan harinya mancing pula di tempat B. Apa yang menariknya baru je mengail tak sampai 10 minit dah dapat seekor ikan.

Sekarang apa kaitan dengan keyword? Kaitannya kalau kita salah pilih keyword yang mahu rank dalam contoh tadi salah pilih tempat memancing maka seorang pelawat pun kita tak dapat.

Jadi bila memilih keyword, pastikan kita pilih keyword yang ramai orang cari.

Andai carian bulanan keyword kita target tiada orang cari, maka kita buat kerja sia-sia.

Jadi macam mana kita nak tahu carian bulanan sesuatu keyword?

Mula-mula sekali kena buat keyword research. Kita kena faham…

Jenis Keyword

Keyword ada 3 jenis:

  • Short-tail keyword: Keyword yang 1-2 patah perkataan.
  • Mid-tail keyword: Keywod yang kurang 3 patah perkataan.
  • Long-tail keyword: Keyword yang lebih 3 patah perkataan.

Kebiasaannya lagi panjang sesuatu keyword itu, maka lagi spesifik sesuatu carian seterusnya lagi mudah nak di-ranking dan lagi senang nak convert pelawat kepada pembeli.

Namun kekurangannya tak ramai orang cari keyword yang long-tail berbanding keyword yang short-tail.

Sumber rujukan: Neil Patel.

Walaupun begitu, bagi permulaan kita fokus ranking long-tail keyword sebab mudah untuk di-ranking.

Dan majoriti yang cari keyword long-tail mempunyai niat yang jelas.

Mengenal-Pasti Niat Sesuatu Keyword (Keyword Intent)

Dalam setiap carian atau keyword yang dicari ada niat atau tujuan disebaliknya. Adakah keyword yang dicari itu untuk mencari maklumat? Menyelesaikan masalah? Atau untuk membeli sesuatu?

Atau dalam SEO kita pecahkan niat pelawat kepada 3 jenis:

1) Informational Keyword: Kebiasannya orang cari keyword ini untuk mencari sesuatu maklumat.

Contoh keyword: tips, petua, cara dan sewaktu dengannya.

Keyword jenis informational ini bagus untuk ditarget dan di-ranking oleh kerana ramai orang cari dan bila ramai orang cari sangat bagus untuk kumpul audience/pixel di retarget iklan semula kepada pelawat yang pernah masuk ke website kita.

2) Navigational keyword: Keyword untuk mencari sesuatu jenama, syarikat atau produk.

Contoh keyword: facebook, youtube, siti nurhaliza dan sewaktu dengannya.

Kebiasannya keyword jenis navigational ini agak sukar untuk diranking sebab ia lebih kepada keyword short-tail (1 perkataan sahaja) bermaksud orang yang mencarinya hanya sekadar mahu tahu tentang sesuatu contohnya keyword baseball.

Jadi sebaiknya elakkan untuk fokus ranking keyword begini.

Buying (Transactional) Keyword: Keyword untuk mencari sesuatu tawaran.

Contoh keyword: kupon kereta axia, review seo algi fixed, bonus, diskaun, testimoni, beli, perbandingan, produk, skincare terbaik dan sewaktu dengannya.

Majoriti yang mencari keyword jenis transcational fokus nak membeli. Orang yang mencari keyword ini kebiasaannya dah tahu tentang produk atau servis tinggal nak cari tawaran yang terbaik sahaja dan sudah tentu tak ramai yang cari sebab ia keyword long-tail. Walaupun begitu conversion rate tinggi.

Jadi kita boleh fokus untuk ranking keyword ini.

Cara untuk Buat Keyword Research

Sekarang kita masuk ke bahagian praktikal.

Di sini kita akan belajar, macam mana kita nak kenal-pasti berapakah carian bulanan sesuatu keyword, macam mana nak tahu sesuatu keyword itu bagus untuk di-ranking dan apakah indikator keyword yang mudah untuk di-ranking.

Jadi, bila mana nak buat keyword research kita lihat 3 perkara ini

  • Carian Bulanan: Adakah keyword yang kita rank ramai orang cari?
  • Nilai CPC: Berapakah nilai Cost Per Click (CPC) keyword tersebut?
  • Pesaing: Adakah kita boleh buat konten yang lebih baik daripada website yang berada dalam top 5?

Untuk melihat berapakah carian bulanan dan nilai CPC sesuatu keyword, boleh guna keyword tools seperti:

Carian Bulanan

Kalau ramai yakni lebih seribu carian bulannya maka itu adalah petanda yang bagus.

Bagi saya walaupun carian bulanan tiada data keluar atau kosong tetap ada orang cari. Sebab tools ini hanya sekadar petunjuk atau anggaran bukan data yang tepat.

Sebab saya sendiri ada rank keyword yang tiada orang cari tetapi tetap ada order masuk. Sebab saya fokus kepada keyword yang convert (long-tail/buying keyword).

Contoh carian bulanan (volume) daripada Keyword Everywhere

Nilai Cost Per Click (CPC)

Bila kita buat keyword research dan ada nilai CPC bermaksud ada orang buat iklan Google Ads untuk keyword tersebut. Di sini bermaksud bila ada orang buat iklan maka ada orang jual produk seterusnya ada orang membeli.

Dalam bahasa mudah nilai CPC menunjukkan keyword tersebut ialah buying keyword. Ia petanda yang bagus.

Website Pesaing

Seterusnya kita lihat kepada top 5 website pesaing. Di sini apa kita nak kaji dan lihat?

Top 5 ranking untuk keyword resepi kek coklat.

Konten: Adakah kita boleh buat konten yang lebih panjang (lebih daripada 700 patah perkataan), lebih dalam dan terperinci berbanding website pesaing? Atau boleh buat sesuatu yang unik berbanding pesaing?

Backlink: Tak pasti apa itu backlink? Saya akan terangkan dibawah. Buat masa sekarang lihat backlink pada top 5 web page pesaing, berapa banyak backlink pada page pesaing. Lagi banyak backlink bermaksud lagi sukar untuk di-ranking. Kita boleh lihat backlink sesuatu website guna Ubersuggest.

Contoh jumlah backlink website pesaing
Contoh jumlah backlink

Setelah melihat konten dan backlink website pesaing dan tahu boleh buat lebih baik daripada pesaing maka kita masuk bahagian kedua iaitu…

#2: Web Page Optimization

Setelah selesai bab keyword, kita masuk pula bahagian mencipta konten yang mesra SEO. Atau dalam SEO kita panggil On-Page SEO Optimazation.

Di sini ada dua page yang perlu kita optimasikan. On-page SEO dan Off-Page SEO.

Apa Itu On-Page SEO?

On-page ialah page yang berada di dalam website(domain) kita. Setiap page yang berada dalam website kita boleh dioptimasikan sepenuhnya.

Apa yang boleh kita optimasikan agar mesra SEO?

Cara Optimasi On-Page SEO:

  • HTTPS – Google lebih mengutamakan website yang ada HTTPS website yang HTTP sahaja. Kerana website HTTPS lebih secure di mata Google. Kita boleh pasang HTTPS menggunakan Let’s Encrypt(kebiasaannya ada dalam web hosting panel) atau pun guna CloudFlare.
  • URL mesra SEO – URL selepas nama domain kita. Contohnya: danialabdulrahim.com/apa-itu-seo adalah URL yang mesra SEO, elakkan guna URL seperti ini danialabdulrahim.com/adf142123 sebab tiada keyword utama dalam URL tersebut. Dan elakkan juga guna breadcrumbs kerana ia sorokkan keyword kita pada URL.
  • Tajuk ada keyword utama – Andai buat konten tentang resepi kek coklat, letak keyword tersebut di depan bukan di belakang. Contohnya: Resepi Kek Coklat Moist yang Lazat Lagi Gebu.
  • H1-tag pada tajuk – Kebiasannya setiap theme yang kita guna sudah di-optimasikan untuk SEO. H1-tag pada tajuk utama hanya digunakan sekali sahaja. Elakkan guna secara berlebihan kerana ia boleh beri kesan negatif kepada SEO.
  • Letak keyword utama pada 160 patah perkataan pertama dan pada setiap sub-tajuk jika boleh.
  • Guna pelbagai media gambar, video dan audio yang sesuai dan ringan (kurang 100 KB). Dan setiap media letak keyword utama jika boleh.
  • H2-tag pada sub-tajuk – Guna sub-tajuk h2-tag ke bawah pada sub-tajuk.
  • Responsive view (mesra mobile) – Kebanyakkan theme terbaru sudah mesra mobile.
  • Letak keyword pada gambar – Terutama pada alt text.
  • Letak social sharing pada page – Supaya mudah untuk pelawat share dan seterusnya boleh tingkatkan ranking di dalam carian.
  • Tulis artikel yang panjang 700 patah perkataan ke atas.
  • Letak internal dan external link – Internal link ialah link-kan semula kepada domain/website asal kita. External link ialah domain/website selain domain asal kita.

Apa Itu Off-Page SEO

Off-Page ialah page yang berada di luar website(domain) kita.

Dalam bahasa mudah off-page memberi tahu kepada Google apakah website lain kata pada kita.

Macam mana Google tahu apa orang lain kata pada website kita? Berdasarkan backlink. Lagi banyak backlink berkualiti lagi relevan maka ia memberi tahu off-page SEO kita bagus seterusnya lagi tinggi ranking di dalam carian.

Kunci off-page SEO terletak pada backlink yang berkualiti dan releven.

Backlink dalam bahasa yang mudah ialah vote atau sharing, saya akan terangkan lebih dalam pada bahagian Links Optimization.

Backlink berkualiti ialah backlink daripada website yang lebih popular, lama serta tinggi domain authority.

Backlink releven ialah backlink yang sama niche. Website tentang diet backlink ke web tentang kurangkan lemak.

#3: Links Optimzation

Faktor paling terbesar dalam SEO ialah masaih lagi links atau orang SEO selalu panggil backlinks.

Backlink ialah vote atau dalam bahasa mudah share.

Contoh backlink: danialabdulrahim.com, kalau kita mention sahaja nama domain tak dikira sebagai backlink tetapi danialabdulrahim.com, yang ada hyperlink baru dikira sebagai backlink.

Lagi banyak backlink (share) maka lagi tinggi ranking website.

Kualiti VS Kuantiti

Fokus pada backlink yang berkualiti berbanding kuantiti.

Cara untuk kenal-pasti backlink berkualiti ialah website tersebut lagi popular (higher domain authority) daripada website kita.

Contoh website yang popular seperti Wikipedia, Quora dan sewaktu dengannya.

Jenis link:

  • Internal link – Link yang link-kan semula ke domain/website asal. Sebagaimana yang saya bagi contoh sebelum ini
  • External link – Link yang link-kan ke domain/website luar. Bukan ke domain asal.
  • Dofollow backlink – Backlink yang ada dofollow atau tiada nofollow pada link.
  • Nofollow backlink – Backlink yang ada nofollow pada link.

Cara untuk Bina Backlink

Cara cepat dan mudah sudah tentu share website kita ke social media yang ada. Facebook, Twitter, Pinterest, LinkedIn dan lain-lain.

Share ni tidak terhad kepada social media semata-mata, termasuk jugak share ke web, blog, forum mahupun di mana sahaja web online di internet.

Seterusnya cara lama yang masih lagi berkesan dan cara ini akan terus berkesan sampai bila-bila ialah blog walking. Dalam bahasa mudah ialah komen ke blog/website lain.

Dan banyak lagi cara untuk bina backlink, kita boleh bina secara percuma dan organik atau pun cepat dengan berbayar.

Tetapi jika website kita masih baru, usia 6 bulan ke bawah elakkan beli backlink berbayar sebab Google akan lihat ia tidak organik seterusnya melabel website kita sebagai spam dan website kita boleh kena ban.

Bonus: Domain Age & Google Sandbox

Dan sebagai tanda terima kasih kepada anda yang sudi baca sampai habis, saya mahu bagi bonus tambahan tentang Domain Age & Google Sandbox. Sebab ini antara topik yang perlu tahu andai website kita masih baru.

Apa Itu Domain Age?

Domain age ialah usia domain/website kita.

Kebiasaannya jika usia domain kita lagi lama lebih 6 bulan ke atas kebarangkalian untuk dapat ranking lagi tinggi daripada website yang usianya lagi muda daripada kita, lebih mudah.

Sebab itu jika kita mahu dapatkan ranking dengan cepat untuk website baru sebaik-baiknya beli expired domain, jika tidak kita terpaksa lalui fasa Google Sandbox.

Apa Itu Google Sandbox?

Google Sandbox dalam bahasa mudah fasa berpantang untuk domain(website) baru.

Kebiasannya dalam 3-6 bulan pertama website kita akan dikuarantin dan tidak keluar dalam carian.

Dalam fasa ini elakkan untuk bina backlink yang berlebihan. Sekadar share ke social media sudah mencukupi.

Tujuan Google Sandbox untuk melihat sama ada website kita spam, fake, scam atau sebenarnya website kita bersih dan selamat untuk pelawat. Maka selepas itu barulah keluar di dalam carian.

Masa Depan SEO

SEO akan datang terletak pada user experience. Ha apa tu? Maksudnya bila orang guna Google, Google mahu berikan pengalaman terbaik kepada penggunanya apabila menggunakan servis mereka.

Kenapa user experience penting bagi Google? Sebab lagi tinggi user experience maka lagi suka pengguna menggunakan produk atau servis mereka maka lagi lama (setia) pengguna menggunakan servis yang ada.

Dalam bahasa mudah, syarikat carian pun nak bisnes tahan lama. Jadi, mestilah kena jaga customer supaya customer setia menggunakannya, kalau tidak customer lari pada pesaing yang lebih menjaga dan mengutamakan user experience customer.

Ini hanya ringkasan kecil sahaja mengenai SEO, jika anda mahu belajar lebih dalam saya sarankan anda:

Baca Review SEO Algo Fixed.


Mahu Optimasi Website Supaya Mesra SEO?

Jika anda mahu membina website yang convert lagi mesra SEO, maka saya menjemput anda dapatkan Servis Optimasi Website di sini.


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

2 Comments

  1. Terima kasih tuan di atas perkongsian. Nak tanya yang keywordanywhere tu macam mana nak keluarkan volume dan cpc macam dalam screenshot tu? Saya hanya dapat related keywords sahaja.

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Keyword Everywhere dah tak keluar search volume sebab yg latest ni kena beli baru keluar. Jadi alternatif-nya boleh guna Keyword Surfer. Lebih kurang sama macam Keyword Everywhere.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *