5 Jenis Website – Yang Mana Satu Pilihan Anda?
Setiap kali ada klien yang nak bina website, soalan pertama yang saya selalu tanya ialah, “Website macam mana yang anda nak.”
Kebanyakkan masa majoriti klien tak tahu website apa yang dimahukan.
Saya faham bukan salah klien sebab mereka sendiri masih baru dan tak tahu jenis website apa yang sesuai lagi terbaik untuk dibina.
Saya terfikir, “Andai saya buat artikel untuk terangkan semua jenis website yang ada, dan klien sendiri boleh buat pilihan kan lebih mudah.”
Jadi ini 5 jenis website yang kita boleh buat.
1. Minisite
Kebanyakkan, inilah pilihan website yang paling popular dan ramai orang suka buat sebab ia single page dan terus fokus kepada produk atau servis yang dijual.
Nama lain minsite ialah sales page.
Kedua-duanya fungsinya sama untuk dapatkan prospek dan jualan.
Panjang pendek sesuatu minisite bergantung kepada apa yang dijual (market & product awareness). Jika yang dijual itu sesuatu yang kompleks, ramai orang tak tahu dan memerlukan penerangan yang panjang maka panjanglah.
Jika tidak andai kita jual servis seperti car wash, kereta sewa, cuci karpet maka penerangan ringkas sudah mencukupi sebab orang dah tahu apa yang ditawarkan.
Ini beberapa contoh Minisite + Payment Gateway yang saya buat:
2. Blog
Web-Log atau blog ialah sebuah website yang sentiasa dikemaskini.
Kalau offline kita ada majalah atau surat khabar, dalam dunia online blog adalah peganti tersebut.
Terus terang saya katakan tak ramai yang fokus kepada pembinaan blog oleh kerana ramai yang tak tahu kelebihannya.
Blog sangat bagus untuk:
- Tingkatkan kepercayaan prospek untuk membeli dengan mudah.
- Untuk dapatkan prospek baru.
- Bina awareness tentang produk.
- Follow-Up – Setiap konten baru kita update ibarat follow-up prospek dan pembeli.
- Enjin trafik – Bayangkan kita ada kedai yang setiap hari beratus dan beribu orang masuk secara percuma itulah kuasa blog.
Sudah tentu nak capai ke level tersebut ambil masa. Blog bukan dibina sehari dua terus dapat sambutan hangat melainkan kita dah banyak laburkan masa, konten berkualiti serta marketing-kan blog tersebut dari segi SEO, social media dan paid ads.
Ibarat kita tanam pokok buah. Kita labur masa 3-5 tahun untuk besarkan pokok tersebut. Tetapi bila dah matang terus-menerus ia memberikan hasil.
Malangnya tak ramai yang sanggup buat dan hadap. Dan ini adalah satu kelebihan kepada siapa yang sudi redah.
Contoh blog yang popular:
Saya banyak nasihatkan klien fokus bina minisite terlebih dahulu selepas dah dapat hasil barulah fokus kembangkan blog.
3. Corporate/Company Website
Saya jarang bina website jenis corporate/company sebab ia banyak ambil masa untuk dibina dan kebiasannya harga website jenis ini mahal (bergantung kepada servis, kali terakhir saya buat bersama rakan RM5k)
Company website lebih kepada untuk mempersembahkan jenama sesuatu syarikat atau organisasi.
Contoh website seperti Tenaga Nasional Berhad, UniKL, Care.org.
4. E-commerce Website
Sebagaimana namanya commerce bermaksud perdangan. Website jenis ini fokus kepada jual banyak produk ibarat marketplace atau pasaraya.
Sebelum wujud internet kita banyak survey produk di katalog betul?
Jadi dalam dunia online katalog produk ialah e-commerce.
Contoh e-commerce yang popular di Malaysia sekarang ialah Shopee dan Lazada.
Sekarang sudah banyak platform yang menyediakan servis untuk buat website e-commerce sendiri seperti Shopify, EasyStore, OpenCart dan WooCommerce.
Lagi mahal sesuatu platform itu maka lagi mudah untuk digunakan.
Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setakat ini saya banyak guna WooCommerce yang intergrate dengan WordPress.
5. Funnel Website
Funnel dalam bahasa mudah ialah perjalanan dari pelawat menjadi pembeli.
Funnel = Flow.
Dan rahsia funnel terletak pada ayat ini:
“What they need to believe in order to buy.” ~ Todd Brown.
Maksudnya apa yang prospek perlu tahu dan percaya terlebih dahu sebelum membeli.
Dan seterusnya susun konten mengikut flow dan beri konten tersebut kepada propsek.
Kebiasannya website jenis funnel mengandung 2 atau 3 page.
Page pertama presell tentang masalah dan penyelesaian.
Dan page kedua fokus kepada produk atau servis. Kenapa mesti beli produk kita berbanding produk lain.
Berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri, marketer pertama yang cipta funnel jenis begini ialah Andre Chaperon.
Beliau merupakan founder Autoresponder Madness dan Sphere of Influence. Anda boleh belajar funnel lebih dalam daripada beliau.
Ini antara contoh funnel beliau:
Bagaimana Pula dengan Landing Page?
Landing page bermaksud sebuah page yang fokus kepada call-to-action.
Landing page ada 2 jenis:
- Sales page (minisite).
- Squeeze page (lead-magnet, lead-generation) – Page yang fokus untuk dapatkan leads, contoh Panduan Membina Tawaran Meleleh.
Website Jenis Macam Mana yang Sesuai untuk Anda?
Jika ada produk atau servis yang mahu dijual, maka minisite atau sales page sudah memadai.
Melainkan kalau ada banyak produk yang mempunyai pelbagai variasi maka website e-commerce paling sesuai.
Dan funnel, bagi saya sangat sesuai kalau kita mahu buat marketing breakthrough.
Produk dah mati tak lepas FB Ads dan mahu hidupkan semula?
Produk baru dalam market dan nak dapatkan ledakkan sales yang banyak?
Susah nak close? Kena follow-up banyak kali baru beli?
Maka funnel sangat sesuai.
Semua orang boleh buat funnel. Cuma nak dapatkan funnel yang convert bukan senang. Untuk dapatkan funnel yang convert kena buat banyak market research dengan mendalam. Sebab itulah kunci funnel yang convert.
Bila anda sudah bersedia, ini cara saya boleh bantu anda:
Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je
Assalamualaikum nak tanya, contoh si A baru sahaja buat lesen berniaga atau ssm tapi hanya segelintir sahaja yang tahu kewujudan bisnes brand si A tapi selain brand produk si A juga ada menjalankan affiliate.
Si A perlu buat yang mana dulu untuk tarik perhatian orang, bagi kenal, bagi kepercayaan / tingkatkan pengikut / kumpul database baru jadikan prospek bertukar jadi pembeli?
Si A bila bercadang nak buat blog / website keliru apa perbezaan domain .com.my | .my | .net.my | .org.my
Antara ke-4 domain tu mana yang sesuai untuk dipilih untuk blog / website?
Waalaikumussalam, nak buat affliate site ke? Domain tu depend pada produk dan target market. Dah tentu domain .my jadi pilihan dulu, .com.my barulah choice ke-2