Gameplan Marketing untuk Bisnes Jual Barang Second Hand

Hari tu ada orang apply nak ambil servis run ads IBM Method.

Masa tengah baca borang tu ternampak satu bisnes model yang menarik.

Iaitu jual handphone second hand.

Saya pun contact owner bisnes ni dan consult macam mana saya nak buat ads untuk jual HP second ni.

Jadi ini antara perkara kita boleh buat kalau jual barang second.

Macam biasa, semuanya berbalik kepada PPP Ads Framework.

1. Person: Siapa Selalunya Beli HP Second?

Mula-mula sekali saya nak identify selalunya siapa yang beli HP second ni?

Dan kenapa mereka beli HP second?

Kenapa tak beli HP baru?

Bila saya kaji dan tengok mungkin ini antara 3 segment pelanggan yang membeli HP second iaitu:

  1. Parent yang ada anak sekolah rendah/menengah
  2. Orang nak ada HP backup
  3. Orang buat bisnes atau kerja lasak

Dan setiap satu customer segment tu kita boleh identify reason membeli HP second ni.

Nak tahu reason membeli sesuatu ni kita masuk part kedua iaitu

2. Problem: Kenapa Orang Beli Sesuatu?

Kita sambung contoh tadi.

Tengok balik customer segment kita.

1) Untuk parent yang anak sekolah

Mungkin reason dia sebab tak nak beli HP baru sebab membazir atau tiada lagi keperluan.

Mungkin sebab lain beli HP second untuk anak sekadar guna WhatsApp dan call sahaja.

Mungkin sebab nak jimat duit kalau HP second ni rosak tak ada rasa rugi sangat.

2) Untuk orang nak ada HP backup

Customer segment yang ni juga kita tengok kenapa dia beli HP second sebagai backup?

Mungkin sebab untuk kecemasan kalau HP main tiba-tiba ada masalah.

Mungkin sebab nak main game. Tak nak kacau HP utama sebab nanti battery cepat drain (rosak).

Mungkin sebab kerja. Ni kita sambung segment yang ke-tiga.

3) Orang buat bisnes atau kerja lasak

Memang sekarang ramai yang beli HP 1 lagi sebab nak buat kerja atau bisnes online.

Sebabnya kalau bisnes online, boleh asing no. telefon dan WhatsApp. Tak serabut. Kalau bercampur HP main dengan bisnes memang akan pening dengan penuh noti macam-macam.

Kalau untuk kerja lasak pulak, mungkin kerja sebagai rider grab/FP dan lain-lain.

Kerja HP kena panas atau hujan kadang2. Jadi kalau beli HP baru dah la mahal lepas tu risiko rosak jugak tinggi. Jadi decide beli HP second untuk buat kerja runner.

.

Sekarang kita dah clear kenapa (reason) orang beli sesuatu tu.

Tapi kali ni kita pergi lagi dalam lagi.

Tengok pula kenapa orang tak membeli produk atau servis kita.

Kalau jual HP second halangan (objection) terbesar orang takut nak beli mungkin sebab:

  1. Cepat rosak atau tak tahan lama
  2. Warranty
  3. Takut kena scam
  4. Tak boleh guna (tak up to date)
  5. Tak cantik (banyak kesan calar)

Setiap satu objection tu overcome dengan kita punya offer.

Tapi make sure benda tu betul-betul kita boleh buat. Jangan main letak dalam offer claim macam-macam tapi tak boleh deliver.

So objection paling besar orang takut kalau:

Objection 1: Cepat rosak dan tak tahan lama.

Cara nak overcome adalah dengan bagi warranty HP second ni lama.

Terpulang nak buat warrant sama ada 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan (1 tahun).

Atau nak buat lagi lama pun boleh asalkan kita boleh deliver.

Macam saya tengok antara player besar dekat dalam Malaysia yang fokus kepada warranty lama walaupun jual barang second ialah IMIKA.

Offer beliau setiap laptop second yang beli kat IMIKA dapat warranty 1 tahun.

Jadi ramai orang berani beli laptop tersebut walaupun second hand.

Sebab tahu kalau dalam masa setahun tu rosak boleh claim warranty.

Objection 2: Takut kena scam.

Antara kerisaun terbesar bila beli barang online adalah takut kena scam bila order dan sampai tak sama macam dalam gambar.

Macam mana nak atasi benda ni?

Kalau jual online cara selamat untuk buyer dan kurang risk kena scam adalah dengan jual melalui shopee dan carousell.

Sebab kedua-dua platform tersebut akan hold duit customer sehinggalah customer sendiri kata memang betul dapat barang sama yang dibeli barulah akan release ke seller.

Lagi satu kalau nak kurangkan risiko kena scam barang fake adalah dengan buat COD.

Dan client yang saya consult ni memang buat COD terus kepada customer.

Tak guna khidmat Ninjavan/DHL memang seller sendiri akan COD terus ke customer.

Jadi customer boleh cek dulu barang yang dibeli tu ori atau tak.

Dan boleh belek puas-puas HP second yang nak beli.

Tengok boleh guna atau tak, ada kesan calar teruk atau tak dan sebagainya.

Bila dah siap kenal-pasti right PERSON dan right PROBLEM (angle) maka langkah terakhir kita akan…

3. Presentation: Macam Mana Nak Persembahkan Creative Iklan?

Ia adalah kesinambungan daripada PERSON dan PROBLEM yang sebelum ni.

Kita tengok balik satu per satu.

Barulah kita akan nampak macam mana nak buat PRESENTATION (Cretive Ads) kita.

So kita ada 3 segment customer yang nak kita target.

1) Untuk parent yang anak sekolah

Macma mana kita nak present PROBLEM (angle) ads?

Tengok balik problem-nya. Parent tak nak beli HP baru yang mahal2 untuk anak sebab risau cepat rosak dan membazir.

So kita boleh buat macam ni dalam creative kita:

Nak Beli Phone untuk Anak Tapi Tak Nak Spend Sampai Beribu? Bajet RM300 pun dah boleh dapat HP second kualiti macam baru.

Boleh cuba letak dalam poster ads.

Atau buat video straight to the point terus.

.

Contoh:

Footage: Tengah OTW COD barang ke customer

Voice Over:

Hi parent tengah cari phone untuk anak?

Tapi tak nak spend sampai beribu?

Nak tahu tak bajet RM300+ lebih pun dah boleh dapat phone second.

Kualiti macam baru.

Specs pun padu.

Berbaloi-baloi beli berbanding beli phone baru.

Jangan risau setiap phone yang kami jual ada warranty 1 tahun.

So kalau ada apa2 problem boleh je terus contact kami.

Yang penting order dari XYZ PHONE.

Dan berita baik untuk customer beli bulan ni.

Kami nak bagi freegift bernilai RM47.

Tapi berita buruk stok sangat terhad.

Klik butang di bawah untuk pilih phone dulu.

Nanti kami akan guide mana yang sesuai dengan bajet 😉

Nampak? Kita overcome semua objection PERSON yang ada tu dalam ads kita.

2) Untuk orang yang nak ada HP backup

Nak buat creative ads untuk orang nak ada phone backup ni pun mudah.

Kita boleh je sambung macam cara presentation macam tadi.

Just tukar ayat sikit pada headline.

.

Contoh:

Footage: Unboxing phone

Voice Over:

Untuk Korang yang Tengah Cari Phone Backup

Tapi tak nak spend sampai beribu?

Selebihnya sambung macam skrip video tadi.

Dan satu lagi untuk beli phone backup untuk main game sama juga.

Sekadar tukar headline je balik.

.

Contoh:

Untuk Korang yang Tengah Cari Phone Gaming

Tapi tak nak spend sampai beribu?

Nak tahu tak bajet RM300+ lebih pun dah boleh dapat phone second.

Kualiti macam baru.

Specs pun padu.

Main game setting graphic rapat kanan pun masih lancar.

Dan sama juga selebihnya sambung macam skrip video tadi.

3) Untuk orang yang buat bisnes atau kerja lasak

Dekat sini ada 2 pecahakan PERSON.

  1. Orang yang buat bisnes
  2. Orang yang kerja lasak macam buat kerja rider, on site dan sewaktu dengannya.

Cara nak present paling mudah nak jual phone second ni adalah dengan demo produk kita kena dengan situasi.

Contoh yang Buat Bisnes

Situasi: Buka banyak app pun phone masih tak hang lagi.

Contoh yang Kerja Lasak

Situasi: Phone terjatuh. Tengok phone screen tak retak dan boleh guna lagi.

Situasi lain: Terkena air pun masih elok boleh guna.

Dan skrip video pun kita masih boleh guna yang sama macam sebelum ni.

Sekadar adjust headline dan ayat intro sikit atau saya panggil Lead.

Apa Seterusnya?

Kena test.

Kita dah tentukan siapa PERSON, apa PROBLEM yang dia ada dan macam mana nak PRESENT ads kita.

Langkah terakhir buat terus.

Dari situ kita akan dapat data.

Dari data tu kita analisis apa kena buat dan apa lagi kena improve.

Inilah tugas media buyer.

Ramai orang ingat buat ads ni sekadar tekan-tekan.

Sebenarnya part paling penting adalah persediaan sebelum run ads.

Ni belum masuk lagi bahagian market research & analysis.

Sebab kalau selalunya ads kita fail bukan sebab ads kita tak power ke apa.

Tapi sebab kita tak faham kondisis market tu sendiri.

Once dah faham market, segalanya jadi mudah.

~ Danial Abdul Rahim

DAR Digital Marketing Consultant


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *