Terkejut ROAS 5+ Bila Guna Tekini OCM Ni

Masa saya tengah lepak kat Reddit.

Duk tengok latest news tentang AI, tiba-tiba saya perasan satu post ni.

Pasal satu structure terbaru untuk run FB Ads.

Atau namanya One Campaign Method (OCM).

Saya pun klik post tu dan baca.

Menarik structure yang digunakan ni.

Dan agak make sense juga.

Bila saya apply kat dalam ads manager saya.

Alhamdulillah result-nya memang ada perubahan mendadak CPP drop banyak dan ROAS tinggi.

So apa structure campaign-nya?

Ia simple je.

Kita hanya guna satu CBO sahaja.

Atau sekarang ni FB letak nama Advantage campaign budget.

Tak kisah namanya apa, yang penting campaign ni letak budget kat Campaign dan bukan pada adset.

Dan structure-nya setiap satu adset adalah satu creative stack sama jenis.

Kalau nak visualize contoh macam ni:

1 Campaign > 3 Ad Set > 1-3 Ads yg berbeza setiap Ad Set

Maksudnya

1 Campaign

Ad Set A > Ada 1-3 Ads Creative A
Ad Set B > Ada 1-3 Ads Creative B
Ad Set C > Ada 1-3 Ads Creative C

Tak semestinya kena 3 adset, asalkan dah lebih daripada 2 adset.

Sebab CBO akan run bajet besar kat adset yang perform.

Bila kita nak guna structure ni?

Boleh guna tak kira untuk fasa split test atau scale-up.

Ya saya tahu, nanti akan ada ad yang tak dapat run pada bajet sepenuhnya, sebab kita guna CBO.

Tapi its okay, just biarkan FB buat kerja.

Bila saya guna structure macam ni memang senang dan mudah nak monitor.

Tak serabut banyak campaign.

Dan bila guna cara ni, kalau ada adset tu dah tak perform sangat, akan slow down sikit. Akan fokus pula pada adset yang perform.

Tapi what if kita nak tambah ads dan creative baru?

Just tambah new adset untuk creative baru.

Dan kalau lama-lama run ada, adset tu jenis degil lebih daripada KPI yang kita tetapkan, just off.

Mungkin ads creative tu perlu refresh dan buat iritation baru.

Untuk scale-up macam mana pula?

Ada banyak cara dan teknik boleh buat, tapi untuk scale-up selamat yang suka guna adalah cost cap setakat ni.

Semoga membantu.

~ Danial Abdul Rahim

Ini result masa 1st week saya try guna teknik ni.

Dah tentu, hasil berbeza bagi setiap situasi. Mungkin jadi, mungkin tak. Kalau nak try, pastikan guna new ads manager. Sebab totally zero dan tak ada history lagi.


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *