Sales Dari RM50,000 Sebulan Ke RM50,000 Sehari Dengan Tawaran yang Ada Elemen Ni

Hari tu saya ada join group coaching untuk geng Elite Marketer.

Masa group coaching tu ada seorang peserta share case study TikTok niche fesyen dari sales RM50,000/month ke RM50,000/day.

Sangat mind-blowing.

Memang patut pun dapat sales RM50,000/day.

Bagi saya elemen yang paling besar menyumbang kepada sales sebanyak tu adalah offer.

Sebagaimana saya dah cerita sebelum ni, fundamental #MazhabDirectResponse ada 3 iaitu:

  • List
  • Offer
  • Copy

So kali ni kita go deeper tentang offer.

Kalau pernah baca buku $100M Offers oleh Alex Hormozi sebenarnya kita dah mahir untuk hasilkan offer yang betul2 converting.

Tapi saya tak nak cerita pasal buku sangat sebab mostly marketer tahu tentang buku tu.

Saya nak cerita tentang the biggest lever dalam menghasilkan tawaran yang betul-betul meleleh iaitu…

Risk-Reversal

Risk-reversal ni saya masa mula2 dengar dan belajar dalam buku Jay Abraham Getting Everything You Can Out of All You’ve Got.

Masa mula2 belajar tak faham sangat.

Tapi bila dah lama2 dengar dan study betul2 baru faham.

Bila kita offer something, tak kiralah harganya besar atau kecil.

Mesti ada risiko pada 2 pihak.

Buyer dan Seller.

Lagi tinggi risiko di pihak buyer maka lagi susah untuk orang nak membeli.

So tugas kita adalah kena kurangkan risiko dipihak buyer disamping risiko kita (seller) juga tak terlalu tinggi.

Risk-reversal tak semestinya dengan bagi jaminan money back guarantee, ia sebenarnya lebih banyak dan besar daripada tu.

Lihat balik betul-betul dengan duduk di tempat buyer apa risiko kena tanggung bila beli produk atau servis ni.

Dari situ list-kan sebanyak mungkin kenapa orang tak atau susah nak membeli.

Dan counter rejection dengan risk-reversal kita.

Sebagai contoh saya ambil cerita dalam buku Jay Abraham.

Kisahnya, ada seorang bapa nak beli anak kuda untuk anaknya.

Bapanya pergi survey kat kandang kuda A.

Tanya berapa harga iaitu $500 dollar. Ok takpa.

Seterusnya bapanya pergi pula survey kat kandang kuda B.

Tanya berapa harga. Kandang kuda B bagi offer sangat meleleh iaitu..

Harga anak kuda $650 dollar. Tapi jangan bayar sekarang, bawak balik anak kuda ni.

Bagi anak main dan selesa dengan anak kuda ni selama 30 hari.

Dan selama 30 hari tu kandang B bagi makanan kuda free je.

Kalau ok dan selesa dengan anak kuda tersebut baru bayar.

Kalau kita duduk di tempat beliau, sudah tentu kita pilih kandang kuda B kan?

Sebab boleh try 30 hari, kalau ok baru bayar.

Kurang risiko berbanding beli di kadang kuda A.

Nampak?

~ Danial


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *