Sales RM80,000 Tanpa Kos Ads
Beberapa tahun lepas company client saya pernah berada di situasi sangat genting.
Tiba-tiba satu ofis kena panggil meeting;
“Kita sebenarnya ada masalah besar.”
“Tiap kali up iklan baru je kena reject.”
“Ads akaun yang lama2 semua kena disable.”
Bayangkan, selama ni run ads tak ada masalah.
Tiba2 mai musim FB gelong, habis semua akaun kena flag. Jem teruk.
Staf team sales ada berbelas orang, tak termasuk bahagian admin dan management lagi.
Kalau ads langsung tak run, macam mana nak cover overhead?
Saya teringat fundamental Direct Response ni.
Tentang asas Direct Marketing yang tak pernah berubah iaitu:
1) List
2) Offer
3) Copy
Ini apa yang saya plan dengan mereka masa tu.
1) Offer
Pertama kali susun apa offer nak bagi.
Apa tawaran meleleh yang kita boleh bagi yang buatkan existing customer tergila-gila nak membeli.
Cara paling mudah adalah dengan survey atau tanya mereka directly.
Kalau tiada idea nak bagi offer apa sekadar bagi diskaun 10% atau RM10 dari harga biasa pun dah memadai.
Apa yang penting bila buat offer pastikan ada urgency supaya orang cepat bertindak.
Lagi urgent lagi cepat orang membeli.
Bila dah settle part offer seterusnya adalah…
2) Copy
Daripada offer tadi tu convert kepada poster atau video supaya kita boleh gunakan dalam marketing.
Dan buatkan copywriting untuk sampaikan kepada…
3) List (Database)
Yang ada.
Kat sini paling penting.
Tak ramai orang manfaatkan sebaiknya.
List ni sebenarnya bukan sahaja database customer seperti nama, email, no. telefon dan purchase history.
Ia lebih daripada tu.
Tengok balik apa owned atau rented media yang kita ada.
Seperti FB/IG/Tiktok page.
Dan lain-lain.
.
Bila dah siap plan.
Saya susun kerja ikut kanban workflow.
Apa nak kena buat dan siapa yang nak kena buat.
Dan bila nak kena siap.
Akhir sekali kita blast kepada semua channel yang ada.
- FB Page
- SMS
- Surat
- Dan lain2 channel jika ada.
Long story short, pada hujung bulan tersebut kami berjaya hit sale RM80,000 tanpa ads.
Walaupun tak untung besar, alhamdulillah masih lepas untuk cover overhead.
Now, kalau rasa sales tengah slow.
Platform paid ads buat hal.
Kembali kepada fundamental.
Tengok balik kita punya:
- List (Apa asset/resource yang kita ada)
- Offer (Apa limited offer yang kita boleh bagi)
- Copy (Apa ayat, poster atau video yang kita boleh buat)
Dan sampaikan offer kita kepada database yang kita ada.
InsyaAllah boleh recover sales.
Walaupun tak banyak, atleast boleh survive dahulu.
Selepas itu baru fikir next gameplan.
Ingat, walaupun kita boleh blast offer kepada database. Jangan kerap buat sebabnya lama2 customer akan muak.
Unless kita buat:
- Segmentation
- Unique offer yang betul2 kena (ikut musim, freegift limited dan sebagainya)
- Customer baru sentiasa masuk.
Barulah orang tak menyampah.
~ Danial
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je