Formula “Lead” Ni Bantu Saya Hasilkan Copywriting RM6 Angka
Masa saya belajar dalam kelas Retargeting Mastery.
Saya berpeluang dapat akses bonus Kitab Copywriting oleh Tuan Faris Osman.
Dalam kitab copywriting tu saya ada baca part headline.
Atau saya suka panggil “Lead.”
Ada 1 formula lead tu saya masih guna sampai sekarang.
Ia mostly fokus kepada market awareness solution aware.
Dan result menggunakan formula lead ni dalam copywriting.
Alhamdulillah dah bantu saya generate sales sekurangnya RM 6 angka.
Terima kasih Tuan Faris Osman atas tunjuk ajar.
So apa dia formulanya?
Formula Lead S-R-P
S = Solution
R = Result
P = Problem / Pain
Mulakan dengan guna [SOLUTION] apa, dan apa [RESULT] selepas guna solution tersebut. Kalau tak sebelum ni ada [PROBLEM/PAIN] apa.
Contoh niche kurus:
- Patutlah ramai orang suka amalkan kopi hijau ni, rupanya bila dah try “tayar spare” kat perut tahu2 jer dah hilang. Kalau tak dulu nak pakai baju pun ketat semacam.
Contoh niche servis aircond:
- Nasib baik ada kawan suruh servis aircond dengan X ni, mana taknya bila lepas servis aircond kejap je sejuk. Lagi best tak kuat makan elektrik. Kalau tak dulu on aircond dah la lambat sejuk lepastu bil elektrik kemain mahal.
Contoh niche skincare:
- Serius weh aku terkejut lepas guna set skincare X ni. Kejap je jerawat degil dekat muka aku dah hilang. Patutlah berkesan sebab ada bahan X, Y, Z ni. Kalau tak dulu kemain tonyoh macam2 tapi jerawat makin teruk.
Nampak?
Simple je.
Kalau nak buat lagi power dan deep. Buat 3 level Pain & Pleasure macam saya dah share dalam PPP Ads Framework.
InsyaAllah menusuk kalbu.
~ Danial
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je