Elite Marketer Genesis Project #EMGP: Ini 3 Perkara Paling Mahal Saya Dapat & Belajar

Saya sebenarnya jarang untuk review atau share tentang program orang lain.

Lagi-lagi bab bisnes dan marketing.

Sebabnya saya sendiri memang dah banyak belajar daripada tok guru kepada tok guru marketing. Terutama dalam dunia direct response marketing.

Kalau ada kelas marketing Malaysia, mostly saya tahu teknik atau strategi tu ia datang dari mana.

Melainkan kelas tu dari pengalaman trainer tu sendiri, lain cerita.

Jadi kali ni saya sebenarnya berpeluang untuk join kelas Elite Marketer Genesis Project atau lebih dikenali EMGP.

Dalam EMGP ni mostly saya dah banyak tahu dan belajar.

Kalau jenis marketing nerd macam saya akan tahu ilmu tu datang dari mana dan siapa yang ajarnya.

Tapi saya tak nak cerita pasal kelas sangat.

Saya nak share pengalaman saya sendiri apa yang saya dapat dan mindshift sepanjang setahun dalam EMGP.

Perkara paling besar impaknya dalam hidup saya adalah…

1) Personal Support daripada Tuan Rahim Ibrahim

Sejujurnya, saya ni seorang yang sangat introvert.

Jarang jumpa orang.

Jarang tengok dunia luar.

Banyak fokus handle team.

Banyak fokus buat kerja belajar tabir.

Memang tak sempat nak fikir benda lain sangat.

Kadang-kadang memang banyak sangat saya stuck.

Untuk part marketing saya tiada masalah sangat, sebab marketing ni jawapannya ada kat perkataan tu sendiri 😉

Tapi saya banyak stuck untuk personal direction.

Lagi-lagi untuk jadi high value person.

Dan supaya dilihat sebagai valuable person.

Dekat sinilah value-nya sangat tak ternilai.

Support daripada Tuan Rahim sendiri dah banyak bagi direction ke jalan yang benar.

Mula-mula saya tak faham sangat kenapa panggil #mazhabkebenaran.

Bila lama-lama duduk dalam EMGP dan support daripada Tuan Rahim sendiri barulah tersedar.

Memang banyak sebenarnya benda yang kita sangka tu betul sebenarnya tak betul sangat pun.

Kita rasa benda tu besar, sedangkan tiada apapun.

Kita rasa benda tu susah, sebenarnya kecil je.

Dan kadang-kadang kita sendiri yang limit diri sendiri.

Tuan Rahim serta barisan trainer banyak unleash potensi sebenar student2 EMGP.

Kita sebenarnya dah level 10 marketer, tapi stuck dekat level 2 opportunity.

Kalau tak faham ayat tadi maksudnya kena masuk dulu EMGP baru terbuka hijab.

Alhamdulillah saya sendiri dah dapat merasa.

Memang betul-betul sel-sel otak berhubung!

2) Marketing = Persepsi

Kalau pernah baca case study saya sebelum ni saya ada mention tentang IBM Method.

IBM Method ni adalah macam mana kita nak membina Ideal Buying Mindset (IBM) pada prospek supaya pembelian menjadi mudah.

Bak kata Peter Drucker:

“The aim of marketing is to make selling superfluous.”

So macam mana nak buat?

Kuncinya adalah pada macam mana kita nak create persepsi dalam minda prospek.

Dalam bahasa lain apa persepsi atau belief kita nak prospek sedar terlebih dahulu.

Bila prospek dah presold the idea.

Maka jual lah apapun InsyaAllah orang akan tergila-gila nak membeli.

Inilah level teratas dalam dunia marketing.

Iaitu marketing = persepsi.

3) Kelas Fundamental Marketing Paling Advanced

Saya berani cakap.

Saya berani jamin.

Dekat dalam Malaysia.

Memang tak ada lagi kelas yang ajar asas kepada segala asas marketing.

Kebanyakkan akan ajar teknik, strategi, setting atau teknikal.

Memang EMGP ada ajar semua tu.

Apa yang membezanya EMGP ni lain daripada lain adalah kalau kita sangkut kat mana-mana part marketing maksudnya mesti ada sangkut kat mana-mana 3M.

3M ni sebenarnya datang daripada Dan Kennedy merupakan antara legend dalam dunia Direct Response.

So 3M ni apa?

3M ni adalah:

  • Market (Siapa)
  • Message (Apa)
  • Media (Di mana)

Dalam bahasa mudah, marketing adalah sampaikan message yang betul kepada orang yang betul di tempat yang betul.

Ibarat nak mancing ikan.

Kalau kita nak mancing ikan yang kita nak, maka kita akan guna umpan yang ikan tu suka makan dan mancing di kolam yang ada ikan yang kita nak tu.

Bila kita dah faham benda ni, segala-galanya berubah.

Memang kita nampak macam simple atau sekadar surface je.

Ia sebenarnya sangat dalam dan luas setiap satu M tersebut.

Tersangat besar.

Nak study part Market tu sahaja memang tak akan habis.

Belum masuk bahagian-bahagian lain lagi.

Tapi jangan risau EMGP dah compress dengan padat perdunya dan asalkan kita faham 3M ni, nak troubleshoot sesuatu marketing atau ads tu jadi sangat mudah.

Dan tak cukup sampai tu.

EMGP juga tunjuk case study macam mana nak bina High Impact Marketing Plan yang dah proven berjaya ledakkan sales berganda-ganda dari sales RM ratus ribu ke RM juta-juta dalam masa setahun.

Kat sini juga membezakan EMGP ni berbanding kelas lain.

Dari teori, masuk ke pratikal masuk ke action plan.

Tinggal nak buat je.

Kalau stuck sekali pun tetap ada circle EMGP yang sangat supportive saling membantu.

Tak kira daripada barisan trainer mahupun student2 lain.

Nak WhatsApp personal Tuan Rahim sendiri pun tiada masalah.

Ada akses 1 tahun untuk tanya directly kepada Tuan Rahim sendiri serta barisan trainer EMGP.

Dengan yuran dibayar untuk join EMGP ni memang sangat tak masuk akal.

Tersangat murah kalau nak dibanding value yang kita dapat tu.

Kalau terasa nak jadi Elite Marketer boleh join EMGP ni atau nama lain The Gensis Program (TGP).

Boleh join di sini:

Boleh tengok full details kat dalam tu.

Tapi kalau rasa tak nak join lagi coaching setahun tu, boleh tengok kelas fundamental Elite Marketer Kickstart dahulu dan decide sendiri berbaloi atau tak:

.

Akhir kata kalau saya sendiri terpaksa start belajar marketing daripada zero atau nak train orang lain daripada zero, maka kelas pertama yang saya akan syorkan adalah EMGP.

Sebabnya saya tahu ia adalah shortcut untuk saya jadi mahir dalam marketing dalam masa yang singkat.

Serta kalau nak membina kerjaya bernilai tinggi, maka EMGP pun sangat sesuai.

Tak silap saya ada seorang student yang dah berusia jadi pivot jadi digital marketer alhamdulillah rezeki beliau boleh buat income yang besar disamping banyak masa lapang.

Jadi tak kiralah kita ni business owner atau marketer berpengalaman ataupun baru berjinak dalam dunia marketing.

EMGP adalah pilihan terbaik untuk grow lebih besar.

“Apabila asas kukuh, besar sebesar manapun masih lagi teguh.”

#EMGP

#MazhabKebenaran


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *