Bagaimana AI Boleh Hasilkan Almost A Level Copywriting
Yang lagi best, bahasa yang digunakan dah macam orang tempatan buat.
Tak macam robot.
Sebab dulu pernah try buat copywriting guna AI, tapi mostly bahasa yang teruk.
Terus tak jadi nak guna.
Gaya, susunan dan perkataan yang digunakan tu tak sesuai untuk buat copywriting market Malaysia.
Tapi hari tu saya ada terbaca message daripada Tuan Rahim Ibrahim dalam group WhatsApp #EMGP.
Beliau kata, kalau boleh kuasailah AI ni.
So kali ni kita bagi chance sekali lagi.
Tak sangka, result dia memang padu.
Lagi-lagi dengan claude model 3.5.
Dan ini apa yang saya temui selepas berminggu testing AI untuk hasilkan copywriting high converting.
Model Terbaik untuk AI Copywriting
Nak hasilkan copywriting dengan AI, tak semua model sesuai.
Ramai yang biasa dengar chatGPT.
Memang betul chatGPT ni power, banyak benda kita boleh buat.
Tapi chatGPT ni copywriting-nya perlu pre-prompting & output refining. Kalau tak hasil dia tak berapa nak kena.
So lepas testing banyak model AI.
Ini top 3 yang paling sesuai untuk hasilkan coywriting yang cun:
- Claude 3.5 ke atas
- Gemini 1.5 pro ke atas
- ChatGPT 4 ke atas
Ke atas tu maksudnya model-model yang terbaru akan keluar.
Semestinya akan lagi baik daripada sebelumnya.
Kalau nak test buat copywriting, tak kiralah short form copywriting atau long form copywriting boleh test ketiga-tiga model tadi.
Kita tak perlu subscribe satu-satu untuk test model-model AI tadi.
Subscribe je terus abacus.ai dengan USD10/month dah boleh dapat semua model AI yang latest.
Cuma nak hasilkan copywriting dalam bahasa Melayu Malaysia ada sedikit modifier kita boleh guna.
Sama ada:
- Tulis dalam bahasa Melayu santai.
- Tulis dalam bahasa Melayu Malaysia santai.
- Tulis dalam bahasa Melayu Malaysia santai mudah faham.
- Tulis dalam bahasa Melayu Malaysia santai mudah faham seperti bercakap.
Atau boleh juga kita suruh dia tulis dalam bahasa rojak (campur).
- Tulis dalam bahasa Manglish.
- Tulis dalam bahasa Manglish pasar.
- Tulis dalam bahasa Melayu rojak.
Dan lain-lain.
Untuk modifier ni saya just banyak guna yang mula-mula sahaja (bahasa Melayu santai).
Yang lain tu kalau kita nak hasilkan skrip copywriting style UGC untuk tiktok / reels / short video.
Persediaan untuk Hasilkan High Converting Copywriting dengan AI
Selepas berkali-kali testing AI dan tengok hasilnya.
Baru faham kenapa Jon Benson cakap benda ni paling penting.
Nak hasilkan copywriting yang betul-betul padu lagi high converting.
Benda yang kita kena faham dan buat dulu adalah:
“Pre-Prompting”
Maksudnya?
Kita tak boleh hanya fokus sekali prompt dah terus dapat result yang ok.
Kena ada pre yakni sebelum prompting untuk hasilkan right copywriting.
Dalam bahasa lain, kena ada bahan mentah dulu. Kalau tak macam mana chef (AI) nak memasak kan?
Lagi kualiti bahan mentah tu, lagi tinggi kualiti yang kita dapat yakni lagi converting copywriting kita.
So dalam AI ni bahan mentah kita adalah marketing & sales meterial kita.
Tak kiralah sama ada product knowledge (paling penting), sales page ke, website ke dan sewaktu dengannya.
Kalau tak ada benda ni memang susah nak hasilkan copywriting yang cun.
Sebab tanpa pre (bahan berkualiti) output yang dia bagi akan jadi general, robotic.
Bila dah ada bahan mentah ni, kumpul dalam satu Google doc dan save ads PDF.
Dah settle part ni, kita ke next step iaitu…
Cara Generate Unlimited Copywriting dengan AI
Sebelum nak generate apa-apa marketing guna AI wajib faham dahulu fundamental marketing.
Selagi asas tak kukuh, result yang kita dapat juga bakal kelaut.
Jadi kalau guna AI tak convert, bukan sebab AI tu sendiri tak ok, tapi kita sendiri tak faham asas marketing dengan betul.
Jadi sebagaimana saya pernah share sebelum ni, marketing semuanya berbalik kepada 3 segi ini iaitu:
- Market
- Message
- Media
Untuk part nak menghasilkan copywriting ni ia termasuk dalam bahagian message atau messaging.
Nak hasilkan marketing message yang betul semuanya berbalik pada…
Mengenal Market
Mengenal market semuanya tentang kepada siapa kita menjual.
Dalam bahasa lain siapa buyer kita?
Siapa customer kita?
Siapa yang selalu beli?
Dan berita baik bila kita ada AI ni. Kita dah boleh AI suruh tentukan siapa customer kita yang betul.
Macam mana nak buat?
Semuanya datang daripada bahan mentah yang kita kumpul tadi.
Dari situ kita suruh AI buat Buyer Analysis.
Hasil daripada Buyer Analysis ni AI akan bagi tahu:
- Senarai siapa selalunya beli produk atau servis (customer segment).
- Apa problem dan pain points yang dihadapi.
- Apa customer nak yakni promises, benefits, dreams, hope dan lain-lain.
Bila dah dapat Buyer Analysis ni, sama juga proses nya.
Buat satu google doc, dan simpan as PDF sebab kita akan guna nanti.
So sekarang ni kita dah ada 2 file:
- Bahan Mentah (Product Knowledge)
- Buyer Analysis
Tapi tak cukup lagi, kita kena go deeper iaitu buat:
Buyer Persona.
Buyer Persona lebih detail dan dalam tentang Buyer Analysis tadi.
Pada Buyer Persona kita hanya fokus pada 1 segment customer.
Kalau Buyer Analysis ia cadangkan siapa customer yang sesuai untuk kita.
Untuk Buyer Persona kita decide dan pilih satu customer segment daripada Buyer Analysis tadi.
Jadi kita nak tahu lebih dalam 1 customer segment yang kita dah pilih.
Sama juga ia akan bagi tahu tentang:
- Pain points.
- Desire, gain, pleasure, promise, hope & dream.
- Dan banyak lagi.
Semuanya tentang dunia dalaman (psychographic) avatar.
Cara nak dapatkan Buyer Persona sama juga.
Wajib ada file Product Knowledge dan Buyer Analysis.
Daripada situ kita akan prompting lagi untuk pilih satu customer segment dan selebihnya AI akan explain lebih detail.
Maka terhasil Buyer Persona.
Jadi kita dah ada 3 file:
- Product Knowledge
- Buyer Analysis
- Buyer Persona
Bila dah ada ketiga-tiga file ni maksudnya kita dah cukup untuk hasilkan unlimited copywriting.
Sebabnya AI tahu apa offer kita (product knowledge), siapa customer avatar kita dan paling penting customer segment yang mana satu kita nak fokus.
Dan sebenarnya kita boleh go depeer lagi.
Kali ni lagi dahsyat.
Seakan-akan kita berada dalam dunia avatar.
Untuk go deeper lagi, file wajib yang kita ada adalah Buyer Analysis dan Buyer Persona.
Daripada 2 file ni kita nak AI buat:
Buyer Diary.
Dengan Buyer Diary kita nampak dengan jelas apa yang sebenarnya dialami dan dihadapi oleh avatar.
Boleh tengok contoh gambar Buyer Diary.
Buyer Diary ni base on Buyer Persona target market makcik umur 50+ yang ada masalah sakit saraf disebabkan kencing manis.
Dahsyat kan?
Kenapa kita nak buat Buyer Diary ni?
Sebabnya dengan Buyer Diary ni kita akan extract dan hasilkan…
Unlimited Angle & Hook
Dalam PPP Ads Framework saya ada share, untuk hasilkan angle ads selalunya berlandaskan:
- Problem
- Pain
- Current Situation
- Emotions & Feels
Ia kombinasi salah satu atau kesemuanya sekali.
Jadi dengan Buyer Diary kita minta AI extract base on 4 pecahan angle tadi.
Maka terhasil table ni.
Setiap satu tu kita boleh jadikan angle.
Dan setiap angle boleh pecahkan lagi pada banyak hook.
Jadi base on table ni saya pilih top 5 angle yang saya rasa converting dan base on pengalaman saya sendiri:
- Pain: Tak boleh memasak atau buat kerja rumah
- Pain: Tak boleh ke surau atau bersosial seperti dulu
- Problem: Kehilangan kebebasan
- Problem: Pergantungan pada ubat
- Pain: Sakit seperti cucukan jarum di kaki
Daripada 5 angle ni, saya buat output refining maka dapat 5 hook ni:
- Dari: Tak boleh memasak atau buat kerja rumah > “Dulu mak rajin memasak. Disebabkan sakit saraf, sekarang nak pegang sudu pun susah.”
- Dari: Tak boleh ke surau atau bersosial seperti dulu > 😢 Sedih tengok mak tak boleh solat berdiri lama.
- Dari: Kehilangan kebebasan > 😩 Sakit saraf buat saya fikir tak boleh buat apa-apa… sampai saya cuba NI.
- Dari: Pergantungan pada ubat > 🧪 Saintis Terkejut: Kombinasi 3 Bahan Ni Mampu Kurangkan Sakit Saraf!
- Dari: Sakit seperti cucukan jarum di kaki > 🦶 Sakitnya saraf kaki ni… Macam ada beribu-ribu jarum menyucuk-nyucuk.
Bila dah dapat hook yang sedap, langkah terakhir kita hasilkan…
Unlimited Copywriting
Untuk AI hasilkan copywriting yang high converting wajib ada 1 benda ni.
Sama ada:
- Copywriting template atau framework
- Swipe file
Kita boleh je suruh AI hasilkan copywriting terus base on hook yang kita dah ada tadi.
Tapi kebanyakkan masa memang kelaut copywriting-nya.
Sebab AI ni masalahnya more kepada logical dan robotic.
Dan walaupun kita dah ada template atau swipe file sendiri pun tetap macam robotic juga copywriting-nya.
Walaupun begitu bagi saya ouput sekarang dah almost acceptable daripada model AI versi sebelum ni.
Jadi macam mana nak hasilkan copywriting unlimited?
Step 1: Upload copywriting template atau swipe file dan suruh AI analyze structure pattern dan flow yang digunakan.
Step 2: Bila AI dah faham dan analyze, maka kita suruh AI buat copywriting base on setiap satu hook.
Untuk step kedua ni make sure upload file:
- Buyer Analysis
- Buyer Persona
File Product Knowledge dan Buyer Diary juga boleh guna tapi optional.
Boleh test sendiri, sebab kadang-kadang cun kadang-kadang tak.
Dan lagi satu AI ada limit untuk akses file banyak-banyak jadi kita limit-kan bawah 3 file kalau boleh.
Jadi ini…
Result Copywriting AI
Copywriting ni base on produk Redibit. Saya bukan HQ atau fighter, sekadar test AI untuk tengok hasilnya.
Hook 1: “Dulu mak rajin memasak. Disebabkan sakit saraf, sekarang nak pegang sudu pun susah.”
Hook 2: 😢 Sedih tengok mak tak boleh solat berdiri lama.
Hook 3: 😩 Sakit saraf buat saya fikir tak boleh buat apa-apa… sampai saya cuba NI.
Copywriting ni nampak lain kan? Sebab copywriting ni guna model Gemini 1.5 Pro.
Hook 4: 🧪 Saintis Terkejut: Kombinasi 3 Bahan Ni Mampu Kurangkan Sakit Saraf!
Ini pun sama, copywriting ni juga dihasilkan guna model Gemini 1.5 Pro .
Hook 5: 🦶 Sakitnya saraf kaki ni… Macam ada beribu-ribu jarum menyucuk-nyucuk.
Kesemua 5 copywriting yang saya buat ni baru base on 1 swipe file.
Bayangkan kalau ada 10, 20 atau 100 swipe file.
Dengan hanya 1 hook kita dah boleh generate 100 copywriting yang totally unique.
Ini baru buat copywriting untuk FB Ads.
Sebenarnya dengan file Buyer yang sama kita juga boleh buat copywriting tak kira platform atau format.
Nak buat skrip video Tiktok pun boleh.
Nak buat long form VSL pun boleh.
Nak buat copywriting full funnel 5 level awarenes pun boleh.
Dan susun base on Ads Compounding Funnel.
Bila kita nampak possibility-nya banyak benda kita boleh untuk AI.
Semuanya atas diri kita sendiri nak guna macam mana.
Yang mana nak belajar lebih detail boleh hubungi saya.
Saya share semua prompt kat atas ni.
Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je