Berderet Order Masuk Walaupun Guna Hosting RM22 Sebulan

Minggu lepas saya dapat urgent project dari seorang kenalan lama.

Client ni dia nak launching produk dia.

Tapi masalahnya dia tak ada website lagi.

So kena buat dari zero.

Dan tarikh launch adalah pada hari Jumaat 9 pagi.

Bila tengok timeline InsyaAllah sempat siap.

Sebab katanya tinggal nak buat landing page je.

Semua dah ada.

Tapi bila dah start buat, ha macam-macam masalah timbul 🤣

Long story short. Alhamdulillah malam Jumaat kul 10 siap semua deliver pada client.

Keesokannya, masa nak launching pukul 9 pagi tu.

Saya risau…

Risau kalau tiba-tiba web crash time tengah launching.

Tepat pujul 9 pagi. Terus spike visitor.

Dalam masa beberapa minit, beribu pelawat masuk.

Risau dah saya,

“Boleh ke web ni tampung?”

Pejam mata.

Jalan terus.

Tak sangka, web masih lagi stable handle order masuk.

Boleh dikatakan setiap minit bertalu-talu orang isi borang nak payment.

Tak sampai setengah jam. Tengok order processing nak dekat 100+.

Terkejut saya.

Alhamdulillah, rezeki client semuanya lancar.

Ini apa yang saya belajar selepas handle web launching client.

#1) Sentiasa Optimize Website

Benda pertama kita kena check adalah pemilih hosting yang betul.

Saya banyak kali dah kena scam pilih hosting yang salah.

So ini antara guideline boleh guna untuk pilih hosting:

  1. Make sure hosting dah bertapak lama. Lagi lama dah bertapak lagi bagus.
  2. Pastikan juga hosting tersebut up to date. Kalau dah bertapak lama tapi tak up to date pun jem jugak.
  3. Ada server berhampiran dengan target visitor. Contoh kalau target visitor Malaysia, ada server area Singapore atau pun Malaysia.
  4. Guna server LiteSpeed. Sebab mudah nak optimize guna plugin dia. Lagi pun plugin dia free je.
  5. Support laju (respon kurang 24 jam), boleh bawak bincang dan paling penting problem settle.

Lain-lain tu ada banyak lagi, tapi 5 point ni paling penting.

So hosting yang saya gunakan adalah NoFrillsCloud.

Kenapa saya suka hosting ni sebabnya ia lepas kesemua 5 point tadi.

Hosting ni dah lebih 3 tahun saya guna. Kebanyakan client saya akan recommend hosting ni untuk starting.

(Tapi kalau nak betul-betul laju, pakai niat terus load. Guna hosting rocket.net.)

Jarang ada problem dan kalau pernah down pun hari tu sebab dia upgrade server ke lebih laju dan tinggi specs.

Jadi, ini specs hosting yang saya gunakan untuk client.

Guna pakej basic je.

Settle part hosting. Tapi saya tak nak bebankan hosting sangat.

Nak bagi hosting boleh tampung pelawat tinggi maka saya connect dengan Cloudflare.

Settle part Cloudflare.

Next saya optimize WordPress dan landing page sekali.

Dekat sini dah mudah sebab server guna LiteSpeed, kita guna je plugin dia maka terus tolong optimize web kita.

Tapi ingat, walaupun guna plugin. Benda yang paling ramai orang terlepas pandang adalah…

Optimize media seperti gambar dan video.

Kat sini penting, gambar tu wajib compress dan convert ke webp. Video juga kena hosting kat platform lain contoh Youtube.

Jangan upload video dalam server kita. Memang banyak makan bandwith.

Saya buat semua ni, alhamdulillah ni result gtmetrix yang saya dapat:

Fully load web ni 1.1 saat.

Terkejut lagi 🤣

1st time saya buat web client dapat loading 1.1s.

Rezeki client.

#2) Tingkatkan AOV (Average Order Value) dengan Order Bump

Permintaan lain yang client minta adalah nak ada one click upsell (order bump).

Sebelum ni saya jarang buat order bump sebab kebanyakkan kena guna plugin berbayar.

Jarang jumpa yang free lagi reliable.

Selepas explore dalam plugin WordPress terjumpa satu plugin ni iaitu:

WPFunnels.

Mula-mula test ada error time nak edit page elementor template.

Bila saya clear cache dan regenerate balik permalink. Alhamdulillah boleh edit page elementor.

Setup dia pun mudah je.

Dan template untuk checkout page + order bump pun juga tak crowded sangat.

Memudahkan nak guna.

Dan satu lagi apa yang saya suka loading speed dia laju.

Daripada order bump ni, saya tengok daripada web client, mostly dalam 10 order 1-2 orang akan ambil order bump ni.

#3) The Power of Live Platform

Beratus order yang masuk tu sebenarnya langsung tak guna ads.

Semuanya datang daripada live client.

Tiktok live dan Facebook live.

Benda ni possible sebab client dah ada berjuta followers.

Kedua-dua channel ni sahaja client dah dapat order sebanyak tu.

Tak terbayang order-nya nanti kalau tekan ads.

Apa yang saya dapat simpulkan, earned media sebenarnya sangat profitable untuk long term.

Memang kalau kita mula-mula buat content, jadi content creator (nama canggih bagi content marketing je) tak nampak hasil sangat.

Tapi apa orang tak nampak bila ramai followers, audiences dah besar.

Start situ semuanya makin mudah dan mudah.

Compounding effect.

.

Actually banyak lagi saya belajar benda baru. Tapi cukuplah 3 point ni.

Seronok buat web launching untuk client.

Pengalaman tak boleh dilupakan bila setiap kali refresh berderet order masuk.

Semoga team client terus berkembang maju.

Tak dilupakan juga kepada Abang Najib sudi recommend saya handle web client ni. Semoga terus sukses. Siapa yang nak buat produk harga cun2 punya, boleh roger Abang Najib.

~ Danial


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *