Kepada Founder Atau Online Marketer yang sedang mencari servis buat website sales page ecom yang convert

Memperkenalkan

"Sales Page Ecom"

Dapatkan Sales Page yang Convert Di Sini

Betul ke convert? Ini antara result dari sales page yang saya pernah buat.

Penafian: Hasil adalah berbeza bagi setiap individu, produk dan nature bisnes.

Dan actually banyak lagi result dari client yang web ecom-nya hit 6 angka sebulan dan ada juga yang hit 7 angka setahun.

 

Sebelum saya teruskan, izinkan saya kenalkan diri saya terlebih dahulu.

Assalamualaikum dan hai, nama saya Danial.

Saya banyak buat sales page Ecom untuk client-client underground, memang anda tak kenal siapa mereka. Tapi mereka memang #padunakmati.

Saya di sini bukan nak cerita tentang client, tapi nak share apa rahsia hit sales 6-7 angka dengan Ecom.

Sebab kalau ada sales page yang convert sekalipun, tapi fundamental ni kita terlepas pandang, memang sangat susah untuk generate sales dengan Ecom.

Jadi, ini antara beberapa leverage point kalau kita adjust sikit boleh bagi sales gila-gila.

#1 Pelawat yang Berkualiti

Pernah run ads ke WhatsApp? Selalu tak Dapat leads yang #tahpape. Nak close punya lah susah, kan?

Sama juga bila mana kita nak run Ecom. Mempunyai pelawat berkualiti yakni dah presold untuk membeli produk merupakan teras utama.

Kunci untuk dapatkan pelawat berkualiti ialah kita kena “buat pelawat membeli sebelum membeli.”

Ha? Macam mana tu?

Ramai orang tak faham benda ni, sebab tu ads banyak kelaut, Ecom tak convert.

Kena tahu dan percaya ni tentang market awareness. Tak ramai yang betul-betul kuasai market awareness. Dan sebenarnya inilah kunci terbesar dalam marketing.

Bila mana kita faham benda ni, tak kira apa marketing yang kita buat InsyaAllah jadi lagi convert dan pelanggan mudah nak membeli.

Jadi apa pelawat perlu tahu/percaya terlebih dahulu? Secara asasnya pelawat kena tahu

  • Tentang masalah yang dihadapi, kenapa masalah tu terus-menerus berlaku (mechanism of problem).
  • Kenapa selesaikan cara biasa tak berkesan.
  • Apa cara terbaik nak selesaikan masalahnya (mechanism of solution).
  • Kenapa produk kita terbaik untuk selesaikan masalah tersebut
  • Mana nak dapatkan produk kita? Masuk Web.

Ini rumusan ringkas. Ikutkan panjang lagi.

Kurang jelas? Ini contoh mudah:

Jual produk slimming.

Message yang boleh digunakan,

~

“Kadang2 kemas pakaian, buka almari ternampak banyak baju lama. Teringin nak pakai balik.”

Bukan tak pernah diet or bersenam. Selalu je buat. Tapi setiap kali makan sikit, berat mesti naik. Naik punyalah mudah, nak turun tu perit ya amat.

Geram sangat, ada orang tu makan banyak ke, sikit ke. Badan maintain je.

Best kan kalau dapat badan macam tu.

Jangan risau, sebenarnya badan kita boleh convert jadi macam tu tau.

Caranya ialah kena “bercakap” dengan lemak. Ye betul, kena “cakap” dekat lemak kita.

Nak tahu tak, kenapa orang yang badan dia slim terus maintain macam tu. Padahal makan tak jaga pun, betul? Sebab orang yang macam tu dia dah “cakap” kat lemak dia;

Setiap lemak yang ada dalam badan ni tolong bakar dan tukarkan kepada tenaga.

Lainlah dengan badan kita. Kita selalu “cakap” kat lemak, setiap lemak yang ada ni, tolong simpan, jangan buat apa-apa.

Sebab tu badan makin lama makin naik, makan ke tak makan ke sama ja.

Jadi, nak slim dan maintain slim kena “bagi tahu” kat lemak supaya dibakar dan tukar kepada tenaga.

Macam nak “cakap” kat lemak supaya buat macam tu?

Ada 1 bahan, ni memang dah terbukti beratus tahun digunakan orang zaman dulu. Bahan ni bila kita makan dia akan slow2 convert badan kita ke burn and energize mode.

Nak tahu kat mana nak dapatkannya, masuk ke web sekarang.

Jadi itulah contoh ringkas tentang apa yang pelawat kena tahu dan percaya terlebih dahulu.

Kalau anda nak belajar lagi tentang Market Awareness, boleh rujuk buku Great Leads oleh Micheal Masterson dan rujuk buku Breakthrough Advertising.

Bila kita run ads ke Ecom, sentiasa gunakan objective conversion event Purchase sahaja.

Saya tahu, kadang-kadang FB sendiri suruh guna objective lain, pelbagaikan objective, tapi berdasarkan pengalaman saya, selagi kita guna objective purchase, selagi itulah FB akan berusaha untuk berikan kita purchase yakni sales.

Melainkan kita nak main run ads secara long-term, nak kumpul audiences dulu selepas itu nak retarget balik. Itu dah jadi strategi lain.

Tapi kebanyakkan masa Purchase atau Conversion sahaja sudah memadai.

#2 Mudahkan Pelawat untuk Membeli

Di sini juga ramai orang terlepas pandang lalu menyebabkan sales susah nak masuk.

Bukan sebab pelawat tak nak order, tetapi proses nak order tu leceh menyebabkan pelawat batal niat nak beli.

Jadi, macam mana nak mudahkan pelawat untuk membeli?

Permudahkan borang tempahan (optimized checkout form).

Hanya minta pelawat isi maklumat yang perlu sahaja.

Kebiasaanya ini maklumat yang saya minta:

  • Nama Penuh
  • Nombor Telefon
  • Alamat Lengkap
  • Negeri
  • Email (Optional)
Email tu sekadar syarat sahaja, kalau customer tak isi pun tak mengapa. Sebab bukan wajib.

Kalau nak mudah lagi, buat one page checkout (Hati-hati, sebab one page checkout ni boleh menyebabkan web slow). Kalau nak mudah lagi, buat option untuk order di WhatsApp form.

Berdasarkan pengalaman saya, kalau run Ecom ada option untuk order di WhatsApp, sales boleh meningkat sehingga 30%-40%.

Tapi bergantung pada market kita. Kalau target customer yang berumur, ya memang akan ramai order di WhatsApp. Tetapi jika audiences muda, mahir IT, mereka lebih suka order di dalam website terus.

#3 Fokus Kepada Average Order Value (AOV) yang Besar

Tak kira betapa berkualitinya pelawat yang masuk, betapa converting-nya sales page, tapi AOV untuk setiap purchase tu rendah, nescaya sangat sukar untuk cover cost ads (melainkan ada back-end offer tu cerita lain).

Dalam erti kata lain, jangan jual produk murah dan fokus jual pakej yang mahal.

Untuk naik-kan AOV ada banyak cara boleh buat. Cara paling mudah ialah tukar susunan pakej sahaja.

Jika kita ada 3 pakej iaitu murah, sedang dan mahal.

Fokus pada pakej sedang. Letakkan pakej tersebut di atas dan highlight-kan pakej tersebut. Sebab kita nak bagi pelawat pilih dan order pakej tersebut.

Bergantung juga pada harga. Untuk market Malaysia, harga RM120 ke RM150 itu boleh dikira sebagai pakej sedang. Sebab kebiasannya, purata Cost Per Purchase (CPP) dalam lingkungan RM30-RM50.

Jika marketing cost bawah 30%, masih dikira untung besar.

Dah Ready Nak Ada Web Sales Page Ecom Sendiri?

Kalau anda sebelum ni tak pernah ada website sales page sendiri atau sales page yang ada dah mula tak convert sangat…

Dan anda nak sales page yang convert, saya boleh bantu anda.

Antara produk sales page ecom yang saya pernah buat:

  • Produk kesihatan & kecantikkan
  • Produk demo (blender, multi purpose cleaner, barang china)
  • Produk pakaian
  • Servis (renovation, wiring, plumber)
Kalau produk anda dalam kategori tersebut InsyaAlla saya boleh bantu.

Tapi berita buruknya. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:

Pertama, kebanyakkan web yang saya buat memang tak cantik, kalau anda tengok sendiri, anda akan cakap anda sendiri pun boleh buat lagi cantik dari ni.

Kalau web yang cantik yang anda cari, maaf saya tak boleh nak bantu. Tapi kalau web simple yang convert anda mahukan, maka saya boleh bantu anda.

Kedua, kalau anda jual produk merah, maaf saya tak boleh nak bantu.

Ketiga, saya hanya buat web yang white hat sahaja. Maksudnya saya tak buat fake notification sales, fake timer, fake testimoni dan sewaktu dengannya. Jual secara jujur, guna bahan marketing yang betul (tutup aurat).

Kalau anda lepas ketiga-tiga syarat ni dan boleh terima, maka…

Ini Bagaimana Saya Bantu Anda Bina Sales Page Ecom yang Covert

Apa yang anda akan dapat dengan servis ni?

Ini yang Anda Akan Dapat dengan Servis Sales Page Ecom WP

Dapatkan Semuanya Sekarang​

Mula Dari...

RM870