Tips dan Panduan Membeli Laptop Second Hand (Refurbished)

Baru-baru ni saya dapat WhatsApp daripada kakak saya.

Tanya tentang nak membeli laptop yang murah guna untuk pembelajaran online buat anak-anaknya.

Kakak saya tanya ada ke laptop yang murah dan ok untuk dibeli. Bajet dalam RM1,000.

Kalau ikutkan saya memang cadangkan beli tab sebab mudah. Jika bajet RM1,000 untuk membeli tab sudah tentu dapat tab yang spec tinggi.

Tapi disebabkan kakak saya nak buat kerja sekali maka saya kena cari laptop sesuai untuk belajar online dan buat kerja.

Jadi ini adalah beberapa faktor yang saya cari bila mahu membeli laptop second yang berkualiti dan tahan lama.

Jangka Hayat Jaminan (Warranty)

Lagi lama warranty lagi bagus. Sebab bila warranty lama bermaksud laptop tersebut tahan lama.

Kebiasaannya laptop second yang ok akan beri 1 tahun warranty. Tapi jika jumpa warranty dalam 6 bulan atau 3 bulan juga ok.

Jika jumpa warranty 1 bulan elakkan.

Paling baik warranty lebih 1 tahun. Jika tidak jumpa tidak mengapa.

Jadi bila memilih laptop second tengok warranty sama ada;

  • Lebih 1 tahun
  • 1 tahun
  • 6 bulan
  • 3 bulan

Jika kurang daripada itu elakkan.

Processor (CPU)

Tahun 2020 ke atas jika ada orang tanya apakah CPU laptop baru yang paling ok saya akan syorkan ambil processor AMD Ryzen.

Sebab Ryzen menggunakan tenaga yang sedikit tetapi performance padu.

Maksudnya bateri tahan lama, performance tinggi dan harganya sangat berpatutan berbanding Intel.

Jika laptop second saya akan cari laptop Intel sekurangnya menggunakan processor Core i3 ke atas.

Kenapa Core i3 ke atas? Sebab Intel Core i3 adalah spec pertengahan tak power tak lemah.

Jika Core i5 sesuai untuk buat kerja.

CPU juga ada banyak generasi, sekarang ni (tahun 2021) paling latest 11th gen. Jika laptop second biasanya akan dapat 3rd ke atas. Sudah tentu lagi latest lagi power CPU-nya.

Jadi untuk laptop kakak saya akan cari laptop yang menggunakan Intel Core i5.

Update 2024: Untuk CPU ni saya recommend ambil CPU paling kurang Intel Core i5 8th ke atas. Sebabnya CPU tersebut dah guna quad-core berbanding dual core CPU.

Jenis Storage

Ada 2 jenis storage iaitu HDD dan SSD. Sebenarnya banyak lagi, tapi buat masa sekarang fokus pada 2 jenis sudah cukup.

Hard Disk Drive (HDD)

Kebiasaannya ditawarkan pada laptop second storage yang besar, tetapi kekurangannya loading lambat.

HDD adalah teknologi lama. Ia sekarang sesuai untuk simpan media file seperti gambar, video dan seumpama dengannya.

Jika saya, saya akan elakkan ambil laptop yang guna HDD.

SSD (Solid State Drive)

SSD adalah storage yang lebih baru daripada HDD. Kebiasannya SSD lebih mahal daripada HDD dan storagen SSD lebih kecil daripada HDD.

Walaupun begitu SSD 5-10 kali lebih laju pada HDD.

Jadi bila on laptop loading laju, dan buka browser atau microsoft office sangatlah laju berbanding HDD.

Sebab itu bila cari laptop saya akan fokus laptop yang menggunakan SSD terlebih dahulu.

Untuk cari SSD pula, jika boleh cari SSD size storage lebih 240GB ke atas.

Kenapa kena cari 240GB ke atas? Sebab file Windows sahaja dah guna dalam 40GB. Jadi bakinya tinggal 200GB.

Kalau 120GB, tinggal 80GB atau sebenarnya hampir separuh sahaja Windows dah ambil.

Jika tidak dapat 240GB ke atas, tidak mengapa. Yang penting SSD. Sebab jika tak cukup storage boleh guna External Hard Disk.

RAM

RAM untuk mudah faham, berapa banyak software atau browser kita boleh bukan dalam satu masa. Jika lagi besar RAM maka lagi banyak software kita boleh buka.

Sudah tentu ada software yang memerlukan RAM yang banyak ada yang tak, bergantung pada software itu sendiri.

Kebiasannya untuk zaman sekarang kita memerlukan paling kurang 4GB RAM ke atas. Oleh kerana Windows sahaja memerlukan 1GB hingga 2GB ram. Tinggal lagi 2GB.

Jika kita buka browser Google Chrome sudah makan 1GB hingga 2GB lagi.

Andai guna 4GB RAM sebenarnya boleh buka 1 atau 2 software dalam satu masa sahaja. Sangat terhad.

Jadi, untuk laptop kakak saya saya akan cuba cari laptop yang guna 8GB RAM. Sebab mudah untuk buat kerja.

Jika tak dapat laptop yang guna 4GB RAM ke atas tidak mengapa sebab…

Cari Laptop yang Boleh Upgrade

Laptop second yang lama kebiasannya ada option untuk upgrade.

Jadi andai kita guna laptop RAM 4GB pastikan ada satu lagi slot RAM tambahan yang kosong untuk kita upgrade pada masa akan datang.

Seterusnya tengok adakah kita boleh upgrade storage? Ada ruang untuk storage tambahan? Jika ada bagus jika tidak ada tidak mengapa sebab storage boleh guna External Hard Disk jika tidak cukup.

Kesimpulannya, lagi banyak yang kita boleh upgrade lagi bagus.

Size Screen

Standard laptop ada saiz screen 12 inchi, 13 inchi, 14 inchi, dan 15.6 inchi.

Lagi besar screen laptop maka lagi berat laptop. Kebiasannya ramai orang akan ambil screen 14 inchi sebab berada di tengah-tengah. Tak terlalu kecil dan tak terlalu berat.

Jika anda banyak bergerak saya syorkan cari laptop yang ringan dan screen yang sederhana.

Jika tidak ambil screen besar sebab untuk jangka masa panjang mudah untuk buat kerja.

Jenis Sreen Panel

Screen juga ada banyak jenis. 3 Jensi yang paling popular yang selalu ada pada laptop ialah TN panel, VA panel dan IPS panel.

Mana satu nak pilih? Sudah tentu pilih IPS panel jika boleh. Sebab IPS panel merupakan panel yang paling cantik, sharp dan jelas.

VA panel berada di tengah dan TV panel kebiasannya banyak laptop akan guna.

Jika laptop second selalunya akan dapat TN panel. Sangat jarang jumpa laptop yang menggunakan IPS panel melainkan laptop tersebut high-end.

Berat Laptop

Berat laptop sebenarnya bergantung pada diri masing-masing, jika anda kerap bergerak dari satu tempat ke satu tempat maka laptop yang ringan menjadi pilihan.

Ringan bermaksud laptop di bawah 1.5KG. Bawah 2KG juga ok.

Andai atas daripada 2KG bermaksud laptop tersebut berat dan tak sesuai untuk orang yang banyak bergerak.

Tepuk Dada, Tanya Selera

Sebenarnya membeli laptop ni sangat bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing.

Jika ada bajet lebih sudah tentu ambil laptop baru lagi baik. Jika tidak ambil sahaja laptop second yang sebenarnya mempunyai spek lebih baik daripada laptop baru andai pandai cari.

Cuma kebiasannya laptop second ni bateri cepat habis. Biasalah laptop dah lama. Ada jangka hayatnya. Lagi lama hayatnya lagi cepat habis bateri.

Jika ada modal sikit belilah bateri baru, anggaran dalam RM100 hingga RM300, bergantung pada laptop.

Laptop yang Saya Beli untuk Kakak Saya

Jadi laptop apa yang saya beli untuk kakak saya bagi bajet RM1,000 ke bawah. Ini yang saya dapat daripada shopee.

Spec yang dapat:

  • INTEL CORE i5 4th 2.70GHZ
  • SSD 120gb
  • 8GB RAM
  • Free 320GB Hard Disk
  • Screen 15.6 Inch
  • Berat dalam 3KG

Link Shopee: https://shopee.com.my/product/56048950/2138663326

Harga RM950 tak termasuk postage lagi. Bagi saya sangat murah.

Cuma kekurangannya bateri tak tahan lama. Sebagaimana saya terangkan sebelum ini. Bateri itu normal untuk laptop second.

Update: Oktober 2021

Baru-baru ni juga kakak saya seorang lagi tanya ada tak laptop yang ok. Bajet dalam 1k-1.3k. Jadi ni antara laptop lain yang saya sarankan.

https://shopee.com.my/(-HDMI)-Toshiba-Slim-Intel-i5-4GB-or-8GB-ddr3-320GB-hdd-ssd-vga-w10pro-laptop-notebook-netbook-(-optional-i3-)-i.121463244.1862361171

https://shopee.com.my/(-%F0%9F%91%8DLooks-like-New-)-Toshiba-Intel-core-i5-4th-i3-Celeron-3rd-4th-gen-4GB-NOTEBOOK-SSD-i.121463244.2326650828?position=20

https://shopee.com.my/DELL-LATITUDE-E7450-INTEL-CORE-I5-5300U-5TH-GEN-8GB-RAM-256GB-SSD-14-INCH-WINDOW-10-PRO-6-MONTH-WARRANTY-i.161561928.4471763247?position=6

Kalau anda ada bajet lebih memang saya akan sarankan anda ambil laptop DELL E7450 sebab menggunakan CPU i5 5th generation paling latest antara yang sebelum ni.

Laptop Pilihan Saya Jika Bajet Lebih RM1,000 Ke Atas

Tapi kalau ada bajet lebih, dan nak beli laptop second yang ok laptop apa yang saya akan beli?

Laptop pertama yang saya akan cari ialah Lenovo Thinkpad.

Lenovo Thinkpad T series atau X series.

Beza T dan X series adalah pada sreen-nya. T saiz 14 inchi, manakala X saiz screen-nya 12.5 inchi.

Kenapa laptop ni menjadi pilihan saya? Bukan setakat pilihan saya sahaja sebenarnya jika tanya pakar, laptop ini sememangnya menjadi kegilaan ramai orang dalam dunia laptop refurbished.

Jika bajet anda RM1,500 sudah boleh dapat Thinkpad T450 atau Thinkpad X250.

Bajet RM2,000 Ke Atas?

Macam mana pula kalau bajet RM2,000 ke atas? Cari laptop baru terus. Pastikan menggunakan processor AMD Ryzen. Ryzen 3 atau 5. Anda berada di jalan yang benar.

Sekarang ni AMD Ryzen 5000 series nak keluar. Jika boleh tunggu. Ambil laptop AMD Ryzen paling latest. Pasti terasa bezanya.


Terima kasih sudi baca blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Jika anda seorang owner business atau marketer yang nak hasilkan iklan yang lebih perform boleh baca panduan PPP Ads Framework ni. Percuma je

40 Comments

  1. Benevolent says:

    Post ini umpama lilin ketika rumah mengalami black-out di malam hari. Sangat diperlukan dan bermanfaat! Terima kasihh tidak terhingga tuan.

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Sama-sama, semoga membantu ^_^

      1. Sangat membantu, terima kasih.

      2. Tapi bos. Klu harga nya pula bwh 1k cth macbook hrga rm669 dan laptop dell cor i5 fullser ori ram8/500gb dgn hrga rm750. Means tak tahan lama ka apa tu

        1. Danial Abdul Rahim says:

          Core i5 tengok gen berapa, kalau boleh ambil yang paling latest.

          8GB RAM/500GB HDD untuk harga RM750 bagi saya dah cukup murah, cuma HDD jelah kekurangannya sebab agak slow.

  2. Sangat membantu bagi yang buta IT. TK atas perkongsian ilmu. 👍👍

  3. sangat2 membantu.Tk atas perkongsian ilmu

  4. Saya memang sedang cari laptop. Semalam nampak yang refurbished acer travelmate i5 5th gen harga 1.5k. Nampak mcm baru tapi 2nd. 8gb RAM, 256gb SSD x silap. OK ke? Kinta pandangan. Saya nak guna untuk sambung belajar. Mungkin kadang2 akan guna untuk kerja.

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Ok je harga tu. Tapi kalau boleh untuk harga RM1.5k laptop second better cari Dell atau Lenovo.

  5. sangat bermanfaat! Terima kasih..

  6. Tuan…. laptop AVITA… ok kee..
    nih spec dia…
    AVITA ESSENTIAL 14 NE14A2MYC43B
    rm 1599 (anggaran harga)
    Intel® Celeron N4020 Processor (4MB Cache, Up to 2.80GHz)
    4GB DDR4 Memory RAM
    128GB SSD
    14.0″ FHD (1920 x 1080) IPS Viewing Angle Display
    Windows 10 Home

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Spec tu kalau harga dia bawah 1.5 ok je. Cuma avita ni tak silap saya tak tahan sikit quality-nya. Maksudnya body dia cepat rosak base on saya baca review and komen orang yang dah guna. So kalau guna untuk sementara ok ja. Tapi kalau nak long-term better cari laptop yang dah lama dalam market macam Acer, Asus, Lenovo dan lain2.

  7. Maaf nak tanya, kalau laptop HP seperti dibawah ok ke? Harga dalam RM1,200.
    Hp Elitebook 8560p
    -CPU:Intel core i5 2nd-gen
    -Ram: 4Gb
    -Disk: 500Gb
    -Display: 15.6-inch (Intel HD300)
    -6-month warranty, exclude rechargable Battery

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Ya ok dah tu, tiada masalah. Cuma Disk tu kena confirmkan sama ada HDD atau SSD. Kalau SSD slow. Guna untuk biasa-biasa boleh, tapi kalau nak laju better ambil SSD.

  8. salam, saya mencari laptop secondhand untuk anak, dia student civil engineering. saya tak berapa faham spec yang diperlukan dan berharap jika tuan boleh cadangkan link laptop yang sesuai untuk dipertimbangkan. terima kasih banyak tuan : )

  9. Assalamualaikum WBT Tuan, mana lagi elok antara ASUS dan Lenovo ni ya. ASUS ada ke Processor AMD Ryzen?

  10. hm hi kalau 2gb ram 120gb ssd okay tak untuk uni student model acer aspire e3 ?

  11. salam tuan, saya nk mintk pendapat either hp elitebook 840 i5 5th gen ngn i7 6th gen, mana lagi okay?

    1. Danial Abdul Rahim says:

      i7 6th gen lagi ok sebab lagi latest berbanding 5th

  12. assalamualaikum… boleh bg cadangan untuk komputer/laptop yang sesuai untuk ada software adobe ilustrator atau photoshop… untuk kerja light editing… untuk harga second berapa range harga yang boleh pilih…apa spec yang perlu utk beli komputer/laptop secondhand

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Waalaikumussalam.

      Untuk kerja2 editing guna photoshop dgn AI kalau ada graphic card lagi bagus.

      Kalau bajet RM1,000 susah nak jumpa laptop yang ada graphic card. Kalau PC ya ada, tapi semuanya graphic card lama.

      Untuk laptop, kalau nak ada laptop ada graphic card yg murah bajet atleast RM1,500 ke atas.

      Antaranya laptop AMD selalunya ada iGPU.

      Yang saya jumpa kat shopee: https://shopee.com.my/HP-NEW-Laptop-15s-15.6-AMD-ATHLON-3050U-16GB-RAM-256GB-NVMe-SSD-AMD-RADEON-GRAPHIC-WINDOWS-11-MS-OFFICE-2021-i.56490035.6142787947

      Bila beli laptop AMD Athlon atau ryzen pastikan sekurang-kurangnya 8GB ram ke atas dan ada dual channel. Kalau single channel RAM performance graphic card jadi separuh.

      Harap membantu.

  13. Salam encik kalo saya nak beli laptop pakai biasa 3d design ringan2 :

    software : 3d sketchup, photoshop , movie maker
    gaming : xde

    kalo budget rm900-1k apakah laptop sesuai untuk masa bulan december 2022 ?

    tq untuk info

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Waalaikumussalam. Kalau laptop ada graphic card lagi better.

      Kalau dalam bajet RM1k ni antara laptop yang ok sebab ada graphic card:
      https://shopee.com.my/(-Radeon-2GB-Graphic-)-Gaming-Radeon-Graphic-Dolby-Lenovo-Thinkpad-E450-Laptop-i.121463244.7069211082

      Tapi kena ingat laptop tu berat 2.1kg. Kalau banyak bergerak batter cari ringan lagi.

      Antara laptop lain yang ok:
      https://shopee.com.my/-R-Lenovo-ThinkPad-YOGA-370-L380-X380-13.3-inch-Laptops-FHD-Touchscreen-Stylus-pen-7TH-8TH-Gen-2-in-1-Laptop-i.122694472.8402454129

      Kalau bajet RM1k, make sure beli laptop yang guna i5 gen 8 ke atas dah boleh dapat.

      Dan guna SSD, RAM at least 8GB ke atas.

      Harap membantu.

  14. salam bang ..ok ke kalau saya ambil premium refurbished MSI GE62-6qc intel core i7 6th gtx960 ? bajet sy bawah 2k..

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Waalaikumussalam, kalau harga RM2k dapat spec GTX960 sangat berbaloi. Dan spec tersebut 4 core maksudnya boleh support Windows 11. Boleh teruskan pembelian.

      Cuma kena tengok beli kat mana. Kalau online pastikan beli kat tempat yang secure macam shopee, sebab kalau kena scam pun boleh dapat balik duit.

      Kalau marketplace lain2 kalau nak beli better COD.

      Semoga membantu

  15. assalamualaikum encik Danial, blh tak tlg syorkan laptop yg sesuai utk pelajar bidang manufacturing engineering yg perlu guna autocad, bajet bawah 1k ,Dan jugak bajet antara 1k ke 1.5k .. terima kasih

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Waalaikumussalam.

      Untuk autocad bajet RM1k susah sikit nak dapat. Kalau bajet RM1.5k InsyaAllah boleh dapat.

      Untuk autocad ni kena guna laptop yang ada graphic card, guna core processor lebih daripda 4 InsyaAllah lepas untuk buka.

      Tapi sebaik-baiknya autocad ni guna laptop gaming atau high-end sedikit.

      Bajet dalam RM2k ke atas, dah smooth guna autocad.

  16. assalamualaikum , tuan . sy ada order laptop refurbished daripada shoppe , namanya hp Chromebook ka tida silap , harga 100 kebawah seja . untuk student menangah , ok ka tu ? . spec okla 4gb ram .

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Waalaikumussalam.

      Untuk HP Chromebook saya tiada pengalaman guna.

      Tapi setakat light usage media consumption seperti buka browser, YouTube dan lain2 tu InsyaAllah boleh.

      Tapi untuk buat kerja memang agak terhad sedikit.

      Chromebook ni tak silap saya dia akan syorkan kita guna Google Docs, Google Sheet, Presentation dan untuk kegunaan kerja.

      Mengantikan Microsoft Office.

  17. KALAU ANTARA DUA PILIHAN NI OKEY TAK ?
    NI SAYA COPYPASTE DARI SELLER SHOPEE.

    NI LAPTOP PERTAMA :
    1. HP Elite book Folio 1040 G3 ULTRABOOK (REFURBISHED)
    Intel Core i7-6600U @2.6GHZ PROCESSOR Turbo Boost 3.0GHZ
    2.6 GHz, up to 3.1 GHz with Intel Turbo Boost Technology, 4MB cache Memory
    16GB RAM LPRAM
    (Transfer rates up to 2133 MT/s)Storage:
    1TB SSD M.2 (NGFF) Solid State Drives NVME
    14.0″ in diagonal LED 2K RESOLUTION TOUCH SCREEN (2560*1440)
    USB 3.0 charging port – 2
    USB-Type C charging port (15 W) – 1
    Docking connector -1
    HDMI 1.4 – 1
    Headphone / microphone combo – 1
    Multi-Pin AC Port (4.5 mm) – 1
    Original Window 10
    (03)MONTHS WARRANTY

    NI LAPTOP KEDUA :
    2. ni saya bagi link sebab banyak pilihannya.
    https://shp.ee/ssbb0w4

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Untuk laptop refurbished saya lebih syorkan ambil intel berbanding AMD. Sebabnya dulu intel ok lagi berbanding AMD, melainkan guna CPU AMD Ryzen ha baru ok sikit daripda intel.

      Untuk kedua-dua laptop ni bagi saya ok je, cuma kalau tanya saya better beli intel gen-8 yakni guna processor i5-8th ke atas sebabnya quad-core = 4 core. 4 core ni paling kurang nak guna software2 yang ada sekarang ni macam microsoft office, google chrome dan lain2 software.

      Kalau ada bajet lebih better beli yg macam ni: https://shopee.com.my/Laptop-HP-EliteBook-830-G5-i7-8th-Gen-DDR4-RAM-256GB-m2-SSD-HDMI-Thunderbolt-used-REFURBISHED-notebook-i.76307608.20806577109

      Sebab guna i5-8th ke atas. Semoga membantu 🙂

  18. hello boss,
    laptop refurbished now, which manufacturer paling safe nak beli?
    dell, hp, lenovo Or Asus?

    Ada some say dell and HP refurbished tak bagus and got motherboard issue selalu.

    budget I within rm1k, bole dapat ker i5 8th generation, 256gb ssd, 8gb ram and 14inch screen?

    is it safe to buy via shopee?
    yang boss beli on shopee ,dia bagi warranty berapa Lama?

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Hello. For now ramai yang recommend Lenovo. Atau lebih tepat thinkpad T series atau X series.

      Kalau 14 inch screen maksudnya Thinkpad T series dah boleh dapat dengan bajet RM1k tu.

      Yang saya beli sebelum ni dapat 1 year warranty. Tapi depends sebab tak semua kedai berani offer 1 tahun warranty.

      Selalunya yg 1 tahun warranty kebanyakkan yang offer adalah dari store IMIKA.

      Ya, beli dari Shopee selamat je. Sebab kalau ada apa2 problem boleh minta refund. Tapi makesure record video masa unboxing tu.

      Semoga membantu 🙂

  19. terima kasih atas perkongsian maklumat ini.sgt2 membantu sy utk membeli laptop refurbished.

    1. Danial Abdul Rahim says:

      Sama2. Semoga bermanfaat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *