#FreeWrite
#FreeWriteCara untuk Jadi Kreatif dan Bebas
Bila diingatkan kembali perkara yang memuatkan saya benar-benar seronok adalah belajar perkara-perkara baru dan menulis dengan sepuas-puasnya tanpa batasan.
Dan saya terfikir, adakah dengan menulis membuatkan kita jadi lebih seronok yakni kurang stress dan diri kita semakin bahagia?
Adakah kajian saintifik telah membuktikan bahasanya menulis ini betul-betul membantu atau tidak.
Jom kita selami, tetapi sebelum itu apa benda #FreeWrite ni? Dan macam mana nak #FreeWrite?
Mengenal #FreeWrite
Free Write atau lebih dikenali sebagai Free Writing merupakan cara untuk kita berfikir di atas kertas. Secara mudahnya tulis apa yang difikirkan.
Tak kira apa yang bermain difikiran kita, tulis sahaja. Sama ada di atas kertas mahupun di dalam smartphone ataupun menaip di keyboard.
Dan berdasarkan permerhatian dan pengalaman saya sendiri orang yang banyak menulis nota kebanyakkannya berjaya dalam kehidupan mereka.
Jadi, Macam Mana Nak #FreeWrite?
Tulis Sahaja!
Tak kiralah apa benda yang bermain difikiran kita, persoalan demi persoalan, apa benda nak buat, apa benda nak tulis, macam-macam masalah yang difikirkan tulis sahaja.
Percaya atau tidak selepas sahaja kita tulis segala perkara yang bermain difikiran kita, kita akan berasa lega. Rasa tenang dan ringan. Oleh kerana kita telah tulis segala yang berlegar di fikiran selama ini.
Bayangkan kita fikir perkara yang saya berulang kali dan memikirkannya sepanjang masa, hari demi hari, minggu demi minggu secara tiba-tiba kita luahkan dengan menulis.
Rasa seperti membawa beban berkilo batu secara tiba-tiba buang dan lepas bebanan tersebut. Apa yang kita rasa? Ringat ya amat bukan. Rasa puas, rasa lega dan tenang.
Dan itulah apa yang berlaku bila kita buat #FreeWrite.
Adakah Menulis Membantu?
Berbalik kepada persoalan utama, adakah menulis membantu diri kita? Jika ya apakah bukti saintifiknya?
Macam mana nak tahu? Google sahaja 😉
Jadi, setelah Google dan baca beberapa artikel ada banyak rupanya kelebihan dan manfaat menulis terutama menulis menggunakan tangan (bukan menaip ye).
Antara manfaat terbesar ialah membantu mengurangkan trauma, tekanan dan situasi yang beremosi. Atau dalam bahasa mudah tulis tentang pengalaman pahit memang membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Dalam satu infografik yang saya jumpa ada 11 manfaat menulis:
Menarik bukan?
Menulis je pun, bukan apa sangat. Tetapi dengan menulis banyak manfaat yang kita dapat daripada satu aktiviti tersebut.
Jadi apa tunggu lagi?
Tulis!
Bonus: Bila Waktu Terbaik untuk Menulis?
Menulis adalah aktiviti persendirian, tak memerlukan orang lain hanya perlukan perhatian diri sendiri kepada menulis semata-mata.
Kita tak boleh diganggu dan menganggu orang lain. Sebab bila fokus dan perhatian kita pecah maka kreativiti kita mula kurang dan semakin berkurang.
Jadi waktu terbaik untuk menulis ialah pada?
Waktu Kurang Gangguan
Masa bila tu?
Semuanya berbalik kepada diri sendiri.
Ada orang waktu pagi ialah waktu paling tenang dan kurang gangguan, maka ketika itulah kita boleh menulis selepas melakukan aktiviti hakiki.
Atau pun ada sesetengah orang pula ketika mahu masuk tidur.
Atau petang atau lain.
Yang penting waktu tersebut tiada siapa yang ganggu dan ada masa untuk diri sendiri. Maka ketika itulah masa terbaik untuk menulis.
Tiada masa? Cari masa untuk diri sendiri.
Nescaya diri kita bertambah baik.
Teruskan menulis.
DAR VaultPeti Besi Paling Berharga Danial Abdul Rahim
Jika anda mahu tingkatkan kualiti kehidupan dan bisnes anda bertambah baik dan semakin baik hari demi hari, dapatkan akses ke DAR Vault dengan…