Fundamental Bisnes: Mula Bisnes dengan Formula C.O.M.M

Zaman sekarang semua orang dah boleh buat bisnes.

Tak kira usia, jantina, loksai dan tahap pendidikan.

Tak ada modal pun boleh mulakan bisnes.

Asalkan ada akses ke internet dah boleh buat bisnes.

Lagi-lagi zaman AI, Tiktok dan Shopee. Lagi mudah nak buat bisnes.

Saya teringat masa mula-mula buat bisnes.

Masa tu time sekolah menengah lagi. Tahun 2011 tak silap saya.

Tak sangka boleh buat RM50 pertama.

Ingatkan tak ada orang order. Rupa-rupanya ada.

Sampaikan boleh mantain extra income RM300-500 sebulan.

Dapat income banyak tu masa sekolah menengah kira banyak sangat dah.

Dengan income bisnes tu saya banyak habiskan duit belanja family makan.

Alhamdulillah, sampai hari ni saya masih lagi maintain buat bisnes online.

Allah permudahkan perjalanan saya sampai ke hari ini. Banyak yang saya belajar.

Berbalik kepada tajuk utama.

Fundamental bisnes…

Ni apa?

Kenapa penting sangat nak kena tahu benda ni.

Sebabnya, sekarang ni ramai orang fikir nak buat bisnes sekadar nak buat duit.

Apa sahaja yang boleh buat duit, dia buat je.

Bak kata pepatah, “Asal barang jadi duit.”

Bila berpegang pada mazhab begitu kita akan fokus apa sahaja peluang buat duit yang ada.

Akan cuba macam-macam bisnes. Akhirnya banyak dapat penat dan rugi masa dan duit.

Apa yang kita nak sebenarnya ialah buat bisnes yang menguntungkan berpanjangan.

Tengok balik keyword dia. Untung berpanjangan.

Ada ke? Boleh ke? Macam mana nak buat?

Mula-mula sekali faham dahulu…

Bagaimana Bisnes Wujud

Dalam bahasa yang paling mudah sesuatu bisnes tu berlaku apabila:

Jual + Beli = Bisnes

Ada penjual dan ada pembeli, maka bisnes tu wujud.

Jual nasi lemak RM1 + Ada orang beli = Bisnes.

Dalam bahasa lain tukaran nilai.

Sesuatu yang bernilai tukar dengan sesuatu yang bernilai.

Dipermudahkan sistem barter.

Itulah asas segala bisnes.

Masalahnya sekarang, ramai orang bila nak buat bisnes benda pertama dia akan fikir ialah…

“Nak jual apa?”

Ni silap paling besar.

Sebabnya, bila fokus pada “Jual Apa” kita akan fokus kepada produk atau servis yang ada.

Bila fokus kat produk, kita akan spend duit dan masa buat dan cari produk dulu sedangkan kita tak tahu lagi ada ke orang nak beli?

Kalau dah spend duit dekat produk tapi langsung tak tengok demand produk kita tu memang silap besar.

Sebabnya kita tak tahu sama ada produk yang kita jual tu laku atau tak.

Kalau tak laku, modal dah keluar, produk tak jalan last-last simpan stok bawah katil.

Kita tak nak jadi macam tu.

Sebab tu tak digalakkan fokus kepada produk tapi apa yang lebih penting dan utama adalah…

“Ada ke orang BELI produk ni?”

Cara paling mudah nak tahu ialah dengan jual je produk dulu.

Walaupun produk tu tak wujud lagi.

Kalau ada order masuk, baru buat produk.

Dalam nama lain pre-order.

Tapi make sure produk yang kita jual tu sama dengan apa yang kita jual mula-mula.

Jangan pula jual benda lain, customer dapat lain. Memang hidup tak tenang nanti.

Dan tak semestinya kena buat produk sendiri, boleh je jual produk orang lain.

Atau nama lain jadi dropship atau agen.

Tak perlu pegang stok, bila ada order masuk baru submit order dekat HQ.

Atau jadi affiliate produk, buat review dan share link afflilate kalau ada orang beli kita dapat komisen.

Ingat ni sampai bila-bila.

Nak mula bisnes, pastikan dapatkan PEMBELI dahulu barulah jual produk atau servis.

Kalau tak ada pembeli, janganlah gatal tangan buat kerja gila.

Nanti menyesal tak sudah.

Bila dah ada pembeli dan makin lama makin ramai. Dah ada untung, maka kita nak bisnes tu untung berpanjangan.

Dan cara untuk buat bisnes yang untung berterusan adalah…

Produk Repeatable

Maksudnya produk tu bila orang guna akan habis, kalau nak guna kena beli lagi.

Dalam bahasa lain consumable.

Macam makanan, skincare, supplement, topup, internet dan seumpama dengannya.

Tapi kalau bisnes kita buat tu tak repeatable macam mana pula?

Offer banyak produk atau servis lain.

Jangan fokus pada 1 produk semata-mata.

Bila dah faham semua ni.

Barulah kita fokus untuk buat bisnes.

Mula-mula fokus dapatkan pembeli dulu.

Lepas tu baru fokus pada produk.

Produk tu pula pastikan repeatable atau consumable.

Cukup semua syarat ni saya nak share 1 formula yang simple boleh diguna pakai untuk semua jenis bisnes.

Tak kisah jual produk atau servis apapun.

Formulanya…

Formula C.O.M.M

  • C = Customer / Client
  • O = Offer
  • M = Message
  • M = Media

Formula ni sama macam saya explain sebelum ni tapi kali ni lebih detail.

Jadi macam biasa, mula-mula sekali tak kira apa bisnes kita buat pastikan mulakan dengan…

Customer

Kita nak tahu siapa customer kita dan kepada siapa sebenarnya kita jual?

Trik yang saya selalu guna nak tahu siapa customer kita senang je.

“Selalunya siapa yang beli produk ni?”

Contoh dulu mak saya ada buat servis jahit baju.

Customer yang selalu tempah baju kat mak saya selalunya cikgu-cikgu sebab depa kalau boleh tiap-tiap hari nak pakai baju lain-lain. Barulah student tak jemu dan cikgu “nampak baru” setiap hari.

Sebenarnya ada banyak lagi customer-customer lain.

Cuma kat sini kita nak fokus kepada segmen pelanggan yang kerap atau selalu beli sesuatu produk tu.

Dalam bahasa lain fokus sebilangan customer yang kecil tapi memberikan sales yang paling banyak.

Dalam bahagian customer ni sebenarnya kita nak kumpul customer database dan bina relationship dengan mereka.

Kita tak nak customer beli sekadar beli. Tapi nak customer beli selama-lamanya dengan kita kalau boleh.

Cara paling mudah kerap keep in touch dengan customer.

Follow-up engagement, tanya khabar. Share apa yang berlaku dalam bisnes kita, perjalanan bisnes dan sebagainya.

Tujuannya nak rasa customer tu rasa dekat dan lekat dengan kita.

Bila kita dah tahu siapa customer kita, apa yang mereka nak, apa problem yang dihadapi dan solution yang mereka mahukan barulah masuk ke bahagian.

Offer

Atau tawaran.

Offer ni adalah apa yang kita jual sebenarnya.

Bukan produk.

Bukan servis.

Tetapi offer.

Dan offer ni dalam bahasa paling mudah dan senang faham adalah apa yang customer akan dapat.

Itu je.

Tapi ada sesetengah copywriter antaranya Ray Edwards cakap offer ni adalah transformasi.

Dalam bahasa lain customer beli adalah transformasi. Itu yang sebenar-benarnya.

Berbalik kepada contoh bisnes jahit baju mak saya.

Apa transformasi yang customer beli?

Customer beli imej baru. Kecantikkan. Nak lawa. Nak rasa wanted. Get noticed. Tak nak rasa benda sama je setiap hari.

Jadi apa yang sebenarnya customer beli adalah imej baru.

Nak faham offer atau transformasi ni mudah je.

Before + Produk = After (Transformasi)

Before ni:

  • Apa problem atau pain yang customer hadapi
  • Apa kehendak, impian dan harapan yang masih belum tercapai.

Dan produk pula adalah solution kita.

Dan yang terakhir sekali, apakah kesan atau hasil transformasi daripada penggunakan produk/servis kita tawarkan.

Atau nak lebih mudah guna formula P.S.R yang dikongsikan oleh Tuan Fendi Mohd.

P = Problem
S = Solution
R = Result

Ingat, jangan fokus jual produk. Tapi jual offer.

Seterusnya bila kita dah ada offer, kita nak hasilkan…

Message

Marketing yang berkesan.

Message ni lah yang menentukan sama ada Offer kita terjual atau tak. Produk laku atau tak.

Sebab message yang salah, message yang tak relevan dengan customer, memang customer tak akan membeli.

Jadi, kita kena sampaikan message yang betul kepada customer yang betul.

Bila kita nak sampaikan message, end goal kita adalah untuk customer tahu, faham (terima) message kita.

Perumpamaany begini.

Kita jual sarapan pagi nasi lemak sambal sotong.

Kalau setakat buka table tepi jalan, adakah orang akan tahu apa yang kita jual?

Dah tentu tak bukan. Jadi apa yang kita boleh buat untuk sampaikan message adalah dengan pasang banner atau bunting besar-besar.

Supaya customer NAMPAK > TAHU > FAHAM (TERIMA) message yang kita sampaikan dan jual apa.

Tapi tak cukup sekadar ada offer dan message marketing.

Yang terakhir sekali kita wajib ada…

Media

Atau nama lain adalah channel atau saluran (kenderaan) untuk sampaikan message kepada customer.

Media ni nak mudah faham kita nak sampaikan message guna apa?

Contoh jual nasi lemak tadi, kita sampaikan message guna banner atau bunting.

Tapi tak cukup setakat itu sebabnya banner atau bunting tu berada di kedai kita.

Bukan berada di mana CUSTOMER BERADA.

Ini key dia. Kita nak sampaikan message marketing di mana customer berada.

Bukan kita rasa, dah pacak banner, dah pasang bunting kat kedai. Dah cukup bagi orang tahu.

Tak cukup setakat tu je. Kita kena sampaikan message kita kat customer berada, supaya customer NAMPAK, TAHU, FAHAM.

Jadi, kalau kawasan perubahan cara terbaik adalah hantar flyers kepada setiap rumah yang berdekatan dengan kedai nasi lemak kita.

Kalau ada group WhatsApp taman, boleh join dan sampaikan message dalam group tersebut.

Atau boleh run Facebook Ads target kawasan perumahan tersebut dan kawasan terdekat.

Apa yang penting, pastikan kita sampaikan message di mana CUSTOMER BERADA.

Jangan tunggu customer cari kita, kita yang kena cari customer dahulu. Barulah customer datang kepada kita.

Case Study Bagaimana Saya Bantu Bisnes Jahit Langsir Mak Jana Sales 4 Angka Sebulan

Masa tahun 2015, mak saya masih muda lagi.

Duk rumah boring-boring, tak tahu nak buat apa. Jadi saya tanya mak, nak try ambil tempahan menjahit ke?

Mak kata boleh lah, lagi pun tak buat apa sangat. Ambil kecil-kecil sahaja. Side bisnes.

Jadi saya tanya mak, mak nak jahit apa? Mak kata mak suka jahit langsir. So saya validate dulu demand ada tak orang nak ambil servis nak jahit langsir ni.

Apa yang saya buat?

Saya buat market research dulu.

Paling mudah, just Google je.

So google lah, tengok ada ke orang buat servis jahit langsir kat Ipoh.

Ya memang ada, tapi kebanyakkan semua dari FB page. Tak ada yang ads langsung.

Walaupun begitu, saya try. Terus jual servis jahit langsir ni.

Jadi macam mana saya nak jual servis ni, nak jual kat mana?

Saya punya target 1 je. Bila orang search servis jahit langsir, saya nak orang nampak offer yang saya ada.

Jadi, saya mulakan free marketing dahulu. Zero cost.

Apa yang saya buat adalah cari website yang offer free classified ads atau online free ads listing.

Time tu seingat saya ada 2 yang offer free ads listing:

  • Majalah.com
  • Mudah.my

Saya pun buat short copywriting + offer dan publish dalam ads listing tersebut.

Tak sampai seminggu ada seorang nak tempah. Close juga dalam RM300+ begitu.

Alhamdulillah fasa validate dah lepas. Saya tahu ada demand untuk servis ni.

Seterusnya apa yang saya buat ialah saya buat blogspot untuk mak saya. Buat SEO sikit. Alhamdulillah mak boleh dapat extra income 3-4 angka sebulan.

Gambar di atas adalah blogspot yang saya buat untuk mak saya. Visitor tu dalam 2k je. Tak ramai pun.

Tapi kena ingat, 2k visitor tu semuanya adalah prospek yang sedang mencari servis jahit langsir.

Depa memang sedang dalam mode mencari, ada intent untuk solve masalah tersebut.

Boleh jadi 5%-10% daripada tu adalah jumlah customer.

And then, bila dah ramai sangat. Mak tak larat nak buat. Saya terpaksa off blog tu.

Itu case study untuk servis. Saya pun ada buat untuk kakak dan abang saya. Jual servis juga. Alhamdulillah mantain sampai sekarang.

Sama juga untuk produk. Saya pernah buat blog banyak-banyak untuk produk mata.

Tak ingat nama dia apa tapi sampai sekarang ada orang nak beli produk tu cuma sayangnya produk tu dah tak buat.

Selepas tu banyak lagi saya bantu kawan-kawan saya buat untuk produk depa. Alhamdulillah boleh lah dapat extra income 3-4 angka sebulan secara organic.

Tak semestinya kena buat blog, kalau ada modal lebih sikit. Boleh je spend dekat ads. Macam FB Ads, Google Ads. Lgi cepat dapat result.

Rumusan

Sebenarnya buat bisnes ni tak susah, cuma kena faham tentang manusia. Itu je.

Bisnes ni sebenanrya dalam purest form adalah mengenali manusia. Macam mana nak berkomunikasi dengan depa.

Macam mana behavior depa, apa yang berlaku dalam fikiran depa. Apa yang depa rasa dan lain-lain.

Once kita dah faham tentang manusia seterusnya kita nak tahu kat mana depa berada atau banyak spend time di mana.

Kita nak tarik mereka masuk ke dalam dunia kita, ke dalam bisnes kita dengan sampaikan message marketing yang betul. Bila dah masuk kita nak depa membeli.

Tukaran nilai, duit dengan produk atau servis.

Itulah bisnes.

Jumpa lagi.

~ Danial